Buletin

NISSAN GT-R 2022, BAKAL DAPAT TRENKUASA HIBRID

Memasuki tahun 2022, Nissan GT-R telah memasuki tempoh pengeluaran selama 14 tahun, satu tempoh masa yang sangat panjang. Bermula dari Carlos Ghosn menjadi CEO sehinggalah dia lari dengan menggunakan kotak pembesar suara. Nissan GT-R enggan untuk mengalah dan terus dijual.

Menurut laman sesawang Best Car Web, Nissan merancang untuk memperkenalkan trenkuasa hibrid pada model GT-R bermula dari tahun 2022. Namun setakat ini masih belum pasti samaada sistem mild hybrid tersebut akan dipasang pada varian 565 kuasa kuda atau 600 kuasa kuda

Sistem tersebut akan dipautkan pada enjin V6 3800cc turbo berkembar yang menghasilkan 565 kuasa ataupun 600 kuasa kuda bergantung pada varian dan pasaran. Sistem hibrid starter generator 48 volt ini akan memberi tambahan kuasa sebanyak 25 kuasa kuda dan 250Nm tork.

Antara sebab utama Nissan mempertimbangkan cadangan ini ialah bagi memastikan Nissan GT-R melepasi ujian pencemaran udara yang semakin ketat dan sebagai bonus kuasa tambahan bagi varian 2022. Bagi peminat sejati enjin petrol, Best Car Web turut mendedahkan bahawa Nissan sedia melancarkan Finale Model bagi Nissan GT-R

Model Nissan GT-R Finale Edition ini dilaporkan bakal menghasilkan 710 kuasa kuda sebelum ia ditamatkan pengeluarannya nanti. Apabila dilancarkan pada tahun 2022 nanti, varian hibrid dijangka dijual dengan harga anggaran RM 610,000 manakala Finale Edition akan dijual dengan harga RM 1.5 juta. Hanya 20 unit sahaja yang akan dikeluarkan. Ultra Rare, kalau anda ratib “Baik Beli” bermakna anda belum mampu lagi.

Google ads
Back to top button