Motosikal

TRIUMPH DEDAH PROJEK PROTOTAIP MOTOSIKAL SPORT TE-1

Syarikat pengeluar motosikal, Triumph dan Williams Advanced Engineering mendedahkan lakaran pertama prototaip Projek TE-1.

Dibangunkan sebagai motosikal elektrik, TE-1 yang bakal didatangkan dengan berat kira-kira 220 kg mendapat sentuhan rekaan sporty.

Begitupun, jelas sekali apabila melihat dari sisi, enjin jentera telah ditukar kepada bateri dan motor elektrik.

Prototaip berkenaan memiliki sistem elektrikal 360 volt dan mampu mengecas 0 ke 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Bahkan, motor elektrik dibangunkan Integral Powertrain hanya didatangkan dengan berat bateri 10 kg sahaja.

Selain itu, ia mampu menjana kuasa maksimum mencecah 174 hp malah jarak perjalanan adalah kira-kira 193 km sekali caj.

CEO Triumph, Nick Bloor berkata projek berkenaan akan menjadi asas bagi strategi motosikal elektrik masa depan syarikat.

“Tumpuan akan diberikan kepada apa yang diperlukan para penunggang seperti imbangan sempurna dari prestasi, pengendalian dan kegunaan di alam nyata,” katanya. – carscoops

Google ads
Back to top button