Artikel Pilihan

HYUNDAI SMARTSENSE. SELANGKAH LEBIH MAJU KE DEPAN

Rasanya ramai pembaca tak berapa kenal dengan teknologi pemanduan pintar yang diperkenalkan oleh Hyundai iaitu Hyundai SmartSense. Ketika memandu uji Hyundai Elantra generasi ke 7 baru-baru ini, penulis beranggapan sistem Hyundai SmartSense ini sama dengan pesaingnya yang lain. Tapi penulis salah sangka, walaupun Hyundai bukan yang pertama memperkenalkan teknologi sensing, tapi mereka bukan copy paste

Model pertama yang diperkenalkan dengan teknologi sensing bagi model Hyundai ialah model hibrid Ionic yang datang dengan amaran pra-perlanggaran, brek pra perlanggaran dan sistem pamanduan adaptif. Ketika memulangkan Elantra di ibupejabat Hyundai, penulis baru perasan yang Elantra lebih canggih berbanding Sonata dalam aspek sensing.

Secara asasnya sistem Hyundai SmartSense terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Safety (Keselamatan) dan Convenience (Keselesaan). Bagi aspek keselamatan Hyundai SmartSense merangkumi:

1. Forward Collision Avoidance Assistance – dengan bantuan kamera dan radar, Elantra berupaya mengesan kenderaan lain, pejalan kaki dan juga penunggang basikal. Sistem ini memberi amaran jika kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi dan memberikan brek kecemasan secara automatik.

Berbeza dengan sistem lain, sistem ini juga mengesan ke arah kiri dan kanan jalan di persimpangan bagi mengesan pejalan kaki, kereta dan penunggang basikal bagi mencegah kemalangan beralaku di persimpangan jalan

2. Blind Spot Collision Avoidance Assist – sensor di bahagian tepi Elantra bukan sahaja mengesan kenderaan yang berada di titik buta, malah ia akan mengenakan brek kecemasan bagi mengelakkan dilanggar dari belakang sekiranya pemandu cuai

3. Rear Cross Traffic Collision Avoidance Assist – memberi amaran sewaktu kereta mengundur dan brek kecemasan automatik bagi mengelakkan kemalangan

4. Parking Collision Avoidance Assist – mengesan dan memberikan brek kecemasan automatik jika mengesan pejalan kaki atau objek sewaktu mengundur

5. Driver Attention Warning – mengesan kelakuan pemandu yang tidak memberi perhatian dan mencadangkan supaya pemandu berehat

Bagi aspek keselasaan, sistem Hyundai SmartSense merangkumi :

6. Smart Cruise Control with Stop&Go – mengawal jarak yang selamat dan halaju yang selamat dengan kereta di depan selepas sistem di tetapkan. Sistem ini lengkap dengan ciri Stop&Go yang membenarkan kereta berhenti dalam kesesakan dan menyambung semula perjalanan serta kelajuan kereta akan diperlahankan secara automatik di selekoh

7. Lane Following Assist – merangkumi Lane Departure Warning dan Lane Keep Assist, LFA memastikan kereta dipandu di tengah-tengah laluan sepanjang masa dengan bantuan stering automatik dan kamera. Bersama sama dengan Smart Cruise Control, ia mengurangkan kelesuan memandu

Selain daripada sistem di atas Hyundai SmartSense juga akan memberi amaran Safe Exit Warning ketika anda membuka pintu dan sistem mengesan kereta datang dari arah belakang. Pemandu juga diingatkan supaya jangan meninggalkan anak melalui Rear Occupant Alert.

Google ads
Back to top button