Buletin

NISSAN RECALL 4,001 UNIT SERENA S-HYBRID (C26) CBU. PROGRAM SEMULA CVT

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) hari ini mengumumkan kempen panggil semula untuk Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian import sepenuhnya (CBU).

Panggilan semula melibatkan 4,001 unit itu dibuat untuk memprogramkan semula Unit Kawalan Continuously Variable Transmission (CVT). Segala kos buruh dan alat ganti (jika ada) untuk kempen servis adalah percuma. Proses memprogramkan semula akan menggambil masa lebih kurang 45 minit.

Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 4,001 units kenderaan Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian CBU dari Japan telah dikenal pasti terjejas.

Ia melibatkan unit yang dihasilkan bermula September 2012 hingga November 2013.  

Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan di Malaysia pada November 2014 dan Nissan Serena S-Hybrid (C27) CKD yang dilancarkan pada Mei 2018 serta model jualan yang lain tidak terjejas dalam kempen ini.

Pelanggan Nissan Serena S-Hybrid (C26) CBU yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat, SMS atau Whatsapp dari TCEAS. Pelanggan digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk membuat temu janji.

Bagi memudahkan pelanggan, TCEAS yang terpilih telah melanjutkan waktu operasi. Ia kini dibuka 365 hari supaya pelanggan boleh menyelenggara kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum. Selain dapat meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik ini.

Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru model tersebut digalakkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian tol percuma 1800-88-3838 untuk menyemak sama ada MPV mereka terlibat dalam kempen panggil balik atau sebaliknya. 

Google ads
Back to top button