Buletin

NISSAN ROGUE PLUG-IN HYBRID AKAN DITAWARKAN DI PASARAN AMERIKA SYARIKAT. MACAM PERNAH TENGOK KAN. BUKAN MODEL MITSUBISHI KE NI?

Nissan akhirnya sahih akan mempunyai model hibrid yang akan ditawarkan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat. Dan inilah dia Nissan Rogue Plug-in Hybrid yang menjadi model hibrid pertama Nissan akan ditawarkan ke pasaran di sana bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahukan sebuah model hibrid yang boleh diharap.

Oh ya, sebelum anda menyangka ini adalah model baharu sepenuhnya, tidak juga. Ianya adalah yang dijelmakan berdasarakan model Mitsubishi Outlander PHEV. Terima kasih kerana mempunyai hubungan persaudaraan yang erat diantara Nissan dan juga Mitsubishi.

Nissan Rogue Plug-in Hybrid ini ditayang oleh Nissan menjelang debut rasminya pada Los Angeles Auto Show.

Sebenarnya kalau dilihat dengan mata kasar jelas sekali hampir tiada sebarang perubahan yang ketara dilakukan oleh Nissan untuk mengatakan ianya adalah sebuah model dari Nissan. Perbandingan mata kasar memang akan memberi tahu bahawa ianya masih lagi sebuah Mitsubishi kecuali sedikit perbezaan yang dibuat oleh Nissan pada gril serta menggantikan logo.

Berdosa tak buat macam ni? Tidak. Tetapi sebenarnya bijak dan jimat. Tak perlu nak reka dan ubah lain kalau rekaan sedia ada dah cukup cantik. Ditambah dengan rekaan roda aloi baharu bersaiz 20 inci dengan kemasan berwarna hitam membuatkan SUV bersaiz sederhana ini tampil sedikit garang.

Di bahagian belakang juga Nissan membuat kerja mudah dan senang apabila hanya menambah ruangan hitam yang ditulis dengan perkataan NISSAN pada bahagian tengah. Yang lain memang sama sesamanya.

Sudah tentu trenkuasa Nissan Rogue PHEV adalah sama juga dengan Mitsubishi Outlander PHEV, yang menggandingkan enjin empat silinder 2.4 liter dengan dua motor elektrik dan pek bateri litium-ion dengan anggaran kapasiti boleh guna 20-kWh.

Output maksimum yang mampu dihasilkan adalah 248 kuasa kuda dan 450 Nm yang ternyata lebih pantas berbanding model Nissan Rogue standard. Pemandu boleh memilih daripada mod EV, Save atau Charge untuk mengimbangi cas bateri atau penggunaan enjin gas, bergantung pada keperluan mereka.

Dua varian SL dan Premium, akan ditawarkan kepada pelanggan di Amerika Syarikat yang hadir dengan beberapa ciri moden seperti sistem infohiburan sembilan inci, paparan skrin digital 12.3 inci paparan heap-up 10 inci, pembesar suara Bose, 11 beg udara serta sistem ProPilot Assist 1.1.

Mana yang nak mengata Nissan tu, lantak pi. Yang penting ada orang beli, pekerja ada kerja dan gaji sudah.

BACA : MITSUBISHI OUTLANDER PASARAN CHINA, ENJIN KECIL 1.5 TURBO MILD HYBRID!

BACA : NISSAN X-TRAIL E-POWER E-4ORCE KINI DI INDONESIA, DARI RM205 RIBU!

Google ads

B K

Back to top button