Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER PASARAN CHINA, ENJIN KECIL 1.5 TURBO MILD HYBRID!

Mitsubishi Outlander sekarang ini berada di dalam generasi keempat dengan generasi pertama (Airtrek) dan generasi ketiga pernah dipasarkan di dalam negara.

Generasi keempat dilancarkan pada Februari 2021 dan menggunakan platform CMF-CD atau berkongsi dengan Nissan X-Trail. Walaupun berkongsi, kedua-dua model hadir dengan reka bentuk tersendiri.

Outlander baharu telah pun dilancarkan di beberapa negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Mitsubishi Outlander PHEV Amerika Syarikat

Bergantung kepada pasaran, Outlander menggunakan enjin 2.5 liter PR25DD yang juga dipasang pada Nissan Rogue (X-Trail di Amerika Syarikat).

Satu lagi jenis enjin ialah 2.4 liter 4B12 yang digabung bersama motor elektrik dan menjadikannya kenderaan utiliti sukan (SUV) plug-in hybrid.

Digerakkan dua pilihan tersebut, enjin Outlander besar belaka kecuali model di China yang dilancarkan pada November 2022.

Mitsubishi Outlander Amerika Syarikat

Di sana, Outlander menggunakan enjin 1.5 liter turbo pancitan terus dengan sistem mild hybrid 48V. Output yang dihasilkan ialah 161 kuasa kuda (hp) dan tork 280 Nm.

Nadi itu nampak munasabah untuk dibawa ke pasaran yang membuat kiraan cukai jalan berdasarkan sesaran enjin seperti negara kita.

Sesaran enjin itu juga setara dengan pesaing lain seperti Proton X70 dan juga Honda CR-V.

Dari segi rekaan, Outlander nampak menyerlah dengan wajah Dynamic Shield terbaru. Bergantung kepada varian, Outlander dilengkapi rim besar saiz 20 inci.

Mitsubishi Outlander Amerika Syarikat

Outlander juga menawarkan pakej menarik dengan pilihan tujuh tempat duduk.

Satu lagi ciri pilihan Outlander ialah sistem pacuan 4WD kawalan elektronik dan S-AWC (Super-All Wheel Control) yang membantu cengkaman di jalan raya.

Di China, Outlander ditawarkan daripada 169,800 renminbi (RM108,436.61) hingga 108,436.61 renminbi (RM146,737.16).

Dengan populariti SUV di negara kita dan bagi meneruskan kesinambungan, adakah Outlander bakal dibawa masuk? Setakat ini belum kedengaran termasuk dilancarkan di negara-negara jiran.

Mitsubishi Outlander Amerika Syarikat

BACA: MITSUBISHI EKSPORT 5 JUTA KENDERAAN DARI THAILAND, PROGRAM BERMULA 1988!

BACA: MITSUBISHI XPANDER 1.5 MIVEC, BOLEH TAHAN BEST CROSSOVER NI

BACA: MITSUBISHI DELICA MINI, BAKAL DILANCAR PADA 2023!

Google ads
Back to top button