Buletin

NISSAN SENTRA (SYLPHY) NISMO 2017 – MACAM NI BARU ORANG NAK BELI

Selepas zaman Sentra berakhir, sedan segmen C daripada Nissan itu seakan-seakan hilang punca di pasaran tempatan.

Pengenalan model Sylphy dilihat kurang menarik perhatian, lebih-lebih bagi golongan muda yang lebih cenderung untuk memilih model-model seperti Honda Civic mahupun Toyota Altis.

nissan-sentra-nismo-2017-mekanika-3

Itu senario di Malaysia. Lain pula ceritanya di pasaran besar seperti Amerika Syarikat. Dikenali sebagai Sentra di sana, ia dilihat cuba bangkit apabila memperkenalkan varian lebih sporty, Sentra Nismo 2017.

Jentera itu menggunakan enjin yang sama dengan model Sentra SR Turbo, enjin turbo empat silinder bersesaran 1.6 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 188hp dan tork 240Nm ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual atau CVT Xtronic yang telah ditala khas.

nissan-sentra-nismo-2017-mekanika-4

Sentra menjadi model Nissan paling mainstream yang mendapat talaan NISMO selain GT-R, 370Z dan Juke. Tidak dapat dapat dinafikan bahawa penambahbaikannya kali ini nampak berjaya.

Penampilan Sentra Nismo 2017 berbeza dengan model SR. Ia menerima rekaan ‘layered double wing’ pada bahagian bawah fascia hadapan. Di samping skirting sisi, spoiler belakang dan rekaan baru di belakang.

nissan-sentra-nismo-2017-mekanika-6

Kemasan berwarna merah memberi kontras kepada sedan itu yang didatangkan dalam warna-warna seperti perak, hitam, putih dan kelabu. Rim aluminium 18 inci yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport atau Bridgestone Potenza RE-71R itu melengkapkan lagi rupanya yang agresif.

Dengan suspensi talaan NISMO, jentera ini menawarkan kualiti pengendalian lebih mantap. Tubuhnya turut direndahkan sebanyak 0.4 inci. Brek pula dipertingkat menerusi cakera ventilasi bersaiz 11.7 inci di hadapan dan 11.5 inci di belakang.

nissan-sentra-nismo-2017-mekanika-5

Pada ruang kabin, stereng dibalut dengan kulit Alcantara, takometer berwarna merah, karpet NISMO dan beberapa sentuhan NISMO yang lain.   Tidak cukup? Pelanggan ditawarkan dengan Pakej Premium NISMO yang merangkumi sistem audio premium Bose bersama lapan unit pembesar suara, NissanConnect, navigasi dan banyak lagi.

Bakal dijual mulai tahun depan, Sentra NISMO bersaing dengan model popular seperti Golf GTI. Hurmm…

Google ads
Back to top button