Peranti

NOKIA LUMIA 630 DUAL SIM

Jika anda ingin membeli sebuah telefon pintar dengan keupayaan dua sim kad, Nokia  Lumia 630 mungkin boleh memenuhi keperluan tersebut.

Nokia-Lumia-630-Dual-SIM-Mekanika (4)

Menjadi model Lumia pertama yang memiliki keupayaan itu, Lumia 630 dikuasakan oleh pemprosesan quad-core dengan skrin LCD ClearBlack Gorilla Glass 3 bersaiz 4.5 inci. Sudah boleh dibeli di pasaran tempatan peranti itu ditawarkan pada harga RM549 seunit.

Menggunakan perisian Windows Phone 8.1, Lumia 630 Dual Sim membolehkan penukaran di antara dua sim kad itu dibuat dengan mudah. Ciri ini sekali gus memudahkan pengguna untuk mengasingkan panggilan dan mesej mengikut keperluan. Malah, ia juga lebih murah dan mudah terutama ketika menggunakan sim kad di luar negara.

Nokia-Lumia-630-Dual-SIM-Mekanika (5)

Pemproses quad-core Snapdragon menawarkan pengalaman sosial yang pantas menerusi aplikasi Word Flow, Internet Explorer dan aplikasi sosial seperti WhatsApp, WeChat dan Instagram.

Peranti ini tampil menarik dengan reka bentuk polikarbonat matte dan pelindungnya boleh ditukar. Ia hadir dalam warna-warna terang seperti oren, kuning, selain hitam dan putih.

Nokia-Lumia-630-Dual-SIM-Mekanika (1)

Mahukan hiburan, Nokis 630 menawarkan permainan video dengan Xbox dan aplikasi Storyteller. Ciri-ciri yang disepadukan seperti notifikasi yang mudah dibuka pula boleh ‘diambil’ daripada Action Centre. Ia padat dengan ciri daripada Microsoft Enterprise seperti Microsoft Office, OneDrive, Camera, HERE Maps dan Drive+.

Kapasiti storan peranti itu juga boleh ditingkatkan sehingga 128GB dengan menggunakan kada uSD. Sekali gus memudahkan pengguna menyimpan gambar, video, muzik, peta dan aplikasi tanpa sebarang masalah.  

Nokia-Lumia-630-Dual-SIM-Mekanika (7)

“Dengan teknologi termaju, Windows Phone 8.1 yang lancar dan Lumia pertama miliki kemampuan dua sim kad, kami yakin Lumia 630 Dual Sim ialah telefon pintar terbaik dalam lingkungan harganya,” kata Ketua Pemasaran Microsoft Devices, Pan Asia, Gary Chan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button