Motosikal

DUCATI 1199 PANIGALE CHAMPIONSHIP EDITION

Sempena kejuaraan World Superbike Championship (WSBK) puisngan kenam yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu lalu, Ducati Malaysia telah memperkenalkan jentera Ducati 1199 Panigale Championship Edition. 

Ducati-1199-Panigale-Championship-Edition-Mekanika (4)

Lebih menarik lagi, model itu hanya boleh ditawarkan di Malaysia. Hanya ada sepuluh unit, Ducati 1199 Panigale Championship Edition ditawarkan pada harga RM160,888 seunit.

“Kita harus berbangga kerana Malaysia terpilih untuk menganjurkan kejuaraan WSBK. Bagi meraikan acara ini, kami berbesar hati memperkenalkan 1199 Panigale Championship Edition,” kata Pengurus Besar Next Bike Sdn. Bhd., Juan Chow Wee.

Ducati-1199-Panigale-Championship-Edition-Mekanika (3)

Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba pasukan Ducati Superbike, Chaz Davies dan Davide Giugliano.

Motosikal itu tampil istimewa menerusi pelekat khas dan penutup tempat duduk belakang yang ditandatangan oleh pelumba pasukan Ducati Superbike. Penambahbaikan yang lain termasuklah ekzos perlumbaan Termignoni, cermin pelindung angin Ducati Corse, penutup klac karbon Ducati dan cermin aluminum Ducati.

Ducati-1199-Panigale-Championship-Edition-Mekanika (5)

Harus tahu bahawa 1199 Panigale merupakan ciptaan semula Ducati terhadap sebuah jentera perlumbaan. Rekaannya menampilkan chasis monokok ‘frameless’ dan enjin Superquadro’ L-Twin berprestasi tinggi. Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 195hp @ 10,750rpm dan tork 13.5kgm @ 9,000rpm.

SONY DSC

Ia juga dilengkapi sistem bantuan elektronik tercanggih Ducati yang disifatkan sebagai pakej paling impresif untuk sebuah motosikal produksi. Antaranya ialah tiga mode tunggangan bersepadu (Ride-by-Wire), Ducati Traction Control, Engine Brake Control, Ducati Quick Shift, ABS tiga peringkat dan Ducati Electronic Suspension (DES).

SONY DSC

Dengan berat hanya 166.5 kg, 1199 Panigale memiliki nisbah berat-kuasa yang luar biasa, selain mudah untuk dikendalikan.

Ducati Malaysia sedar bahawa Malaysia merupakan antara pasaran penting untuk superbike berkuasa tinggi. Justeru, bagi terus mengujakan pasaran, Ducati Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi model superbike Ducati berharga bawah RM99,000.

SONY DSC

Sama-sama kita nantikan!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button