Peranti

TELEFON PINTAR XIAOMI MI 3

Selepas mencetuskan fenomena di China, Taiwan, Hong Kong dan terbaharu di Singapura, firma teknologi terkemuka dari China, Xiaomi akhirnya melancarkan telefon pintar utamanya, Mi 3 ke pasaran Malaysia semalam.

SONY DSC

Sudah boleh dibeli melalui dalam talian (www.mi.com/my/) mulai hari ini, Mi 3 dijangka dapat dijual dalam tempoh yang singkat. Berbeza dengan pengeluar telefon pintar lain, Xiaomi tidak mempunyai kedai fizikal. Semua pembelian akan dihantar kepada pelanggan melalui pos.

Untuk kumpulan pertama, sebanyak 4,000 unit Mi 3 ditawarkan. Jika semuanya sudah terjual, anda perlu menunggu sedikit masa bagi membolehkan pihak Xiaomi Malaysia mendapatkan stok.

SONY DSC

Kenapa produk Xiaomi mendapat sambutan yang amat menggalakkan? Formula yang diaplikasikan oleh firma itu mudah. Tawarkan produk pada harga yang sangat berpatutan, tanpa mengabaikan aspek kualiti buatan, perkakasan, perisian, prestasi dan ciri-ciri inovatif.

Dijual pada harga cuma RM889 seunit, Mi 3 sebenarnya memiliki atau mungkin sudah melangkaui spesifikasi telefon pintar pesaingnya yang ditawarkan pada harga lebih sekali ganda.

xiaomi-mi-3-mekanika (10)

Percaya atau tidak, Mi 3 ialah telefon paling pantas yang boleh anda dapati di pasaran sekarang. MI 3 dikuasakan oleh pemproses Tegra 4 Qualqomm Snapdragon 800 8274AB dengan CPU Quad-core Krait. Selain 5G WiFi dan NFC.

Sistem operasi (OS) yang digunakannya ialah Android 4.2.1 Jelly Bean dengan MIUI (MI User Interface) V5. Bagi memudahkan pengguna, Mi 3 sudah pun dimuatkan dengan beberapa aplikasi seperti MIUI Themes, Google Play Store, Google Maps, Facebook, Google Search, Gmail, Youtube, Google+ dan banyak lagi.

xiaomi-mi-3-mekanika (8)

Bukan itu sahaja, peranti tersebut turut dibekalkan dengan kapasiti storan RAM 2GB. Tidak cukup? Data telefon pintar ini juga disokong oleh sistem Mi Cloud.

Bagi menawarkan kualiti visual terbaik, Mi 3 menggunakan paparan IPS resolusi HD penuh, 1940×1080 441 ppi bersaiz lima inci.

detail-camera-f

Aspek kualiti rakaman foto dan video tidak diabaikan. Peranti itu dilengkapi kamera belakang 13 megapiksel daripada Sony (aperture f/2.2) dan dua flash LED jenama Philips. Kamera hadapan pula berkapasiti dua megapiksel yang memastikan selfie anda tidak mengecewakan.

Satu lagi ciri penting yang perlu anda tahu ialah prestasi baterinya. Mi 3 dipasang dengan bateri berkapasiti 3,050 mAh yang membolehkan pengguna menggunakan internet (3G) selama 21 jam, berbual (2G) 25 jam, memainkan muzik sehingga 50 jam dan masa sedia mencecah 500 jam!

mi-tv-2-mekanika

Selain MI 3, Xiaomi turut menawarkan beberapa produk lain di pasaran-pasaran utamanya seperti Mi Pad, Redmi 1 S, Redmi Note dan Mi TV 2. Ditanya tentang kebolehdapatan peranti-peranti ini, Presiden dan Pengasas Bersama Xiaomi, Lin Bin memberitahu pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk menawarkannya kepada pengguna di Malaysia dalam tempoh terdekat.

xiaomi-mi-3-mekanika (6)

Adakah Xiaomi mampu menggugat penguasaan Apple dan Samsung pada masa akan datang? Sama-sama kita saksikan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button