Buletin

OPEL FRONTERA HYBRID – RUGGED KE TIDAK FRONTERA BAHARU NI?

Pengeluar kenderaan berpengkalan di Rüsselsheim Jerman Opel ini barangkali dilihat akan senyap dalam dunia automotif di sebalik kemeriahan pendatang baharu dari China walau pun mereka telah memperkenalkan generasi baharu Opel Frontera pada tahun lepas.

Dan seperti mahu meneruskan perjuangan mereka, Opel kini telah memperkenalkan pula Frontera Hybrid untuk pasaran global.

Menurut CEO Opel Florian Huettl berkata bahawa Frontera Hybrid ini masih lagi mengekalkan gabungan reka bentuk yang rugged dan ruang dalaman yang luas serta sistem pemanduan yang lebih cekap yang cukup sesuai untuk digunakan di kawasan bandar mahu pun luar bandar berserta pengalaman pengecasan kepada pelanggan mereka.

Rekaan hadapan menampilkan siluet yang menegak dan berani sekali gus memberikan rekaan proporsi hadapan yang unik. Ditambah lagi dengan emblem baharu Opel Blitz memberikan identiti baharu untuk Opel. Vizor hitam memberikan identiti unik kepada depan Frontera dan mengintegrasikan lampu utama Eco LED dengan lampu tinggi automatik

Bahagian kabin menampilkan rekaan yang luas dan selesa untuk penumpang dan pemandu serta terdapat dua paparan skrin bersaiz 10 inci dengan satunya berfungsi sebagai paparan digital untuk pemandu dan juga sistem infohiburan.

Menarik juga apabila Opel turut memperkenalkan inovasi tempat duduk hadapan dengan memperkenalkan Intelli-Seat yang melegakan bahagian tulang belakang bagi memastikan kelesesaan ketika perjalanan jauh.

Untuk trenkuasa varian hibrid ini, ianya menggandingkan bersama enjin 1.2 liter turbo yang mampu menghasilkan output maksimum 100 HP yang sememangnya dibangunkan khusus untuk hibrid ini yang menggunakan teknologi 48 volt.

Ini beroperasi dalam kombinasi dengan motor elektrik 21 kW (28 hp) dan transmisi dual klac enam kelajuan yang diperkuatkan elektrik, supaya penggunaan bahan api dan emisi CO2 adalah jauh lebih rendah berbanding dengan model yang biasa secara tradisinya. Selain itu, Frontera Hybrid juga akan tersedia dengan enjin turbo 1.2 100 kW (136 hp). Untuk varian hibrid ini, ianya akan dijual serendah €24,000 (RM118,845) sahaja.

Sebetulnya, khusus untuk pelanggan di Jerman, juga ditawarkan Frontera dengan kuasa elektrik sepenuhnya jarak pemanduan sehingga 300 km hanya pada harga €29,000 (RM143,605).

BACA : OPEL FRONTERA BAHARU. LAGENDA SUV OPEL KINI SUDAH KEMBALI

BACA : OPEL ASTRA SPORT TOURER – WAGON ELEKTRIK KOMPAK MAMPU MILIK SUDAH BOLEH DITEMPAH

Google ads

B K

Back to top button