Buletin

DUO ASTON MARTIN DBZ CENTENARY COLLECTION INGIN DILELONG. ADA 19 SET SAHAJA DALAM DUNIA!

Broad Arrow Auctions, sebuah firma lelong yang dimiliki oleh Hagerty yang cukup terkenal dengan pusat lelongan kereta yang khusus buat pengumpul mengumumkan bahawa mereka akan melelong model yang dianggap cukup istimewa dan paling sukar untuk didapati, Aston Martin DBZ Centenary Collection di Monterey Jet Center Auction pada 13 – 14 Ogos nanti.

Duo Aston Martin ini dianggap cukup rare dengan penghasilan model DB4 GT Zagato Continuation 1963 dan juga DBS GT Zagato yang mana ianya adalah hasil kerjsama diantara Aston Martin dan juga firma pembuatan kenderaan berasal dari Itali, Zagato pada tahun 2019.

Dan ianya hanya dibina sejumlah 19 unit sahaja tidak pernah dijual berasingan semenjak dari itu. Untuk rekod juga, kerjasama diantara Aston Martin dan juga Zagato sebetulnya telah pun bermula kira – kira 60 tahun yang lalu.

Maka hasil daripada divisyen Aston Martin Works yang dihormati di Newport Pagnell, England, adalah pasangan yang sangat diinginkan dari DB4 GT Zagato Continuation yang cukup bersejarah dan juga DBS GT Zagato yang lebih moden. Hanya dijual secara bersama dan tidak berasingan, hanya 19 daripada setiap satu dihasilkan dan mereka habis dijual dengan segera dengan harga £6.1 juta (RM34.5 juta) pada masa itu memastikan sebarang jualan di masa depan akan menjadikannya sebagai acara yang sangat istimewa.

Kini, akan terdapat sepasang daripada Aston Martin DBZ Centenary Collection yang akan kembali menjadi buruan buat para pengumpulnya.

Model ini mempunyai no. casis  DB4/GT/0239/L menggambarkan kemahiran dan reka bentuk serta sebagai tanda Pengenalan Kenderaan yang asal. Bahagian luarannya disudahkan dengan layangan warna Caribbean Pearl manakala bahagian dalamnya dilapisi dengan kulit Obsidian Black dan Connolly Blue yang mewah serta karpet berwarna biru.

Trenkuasa asal daripada enjin berkapasiti 3.7 liter telah digantikan dengan enjin 4.7 liter yang menghasilkan output maksimum 390 HP yang dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan spesifikasi perlumbaan dan juga sistem suspensi yang ditambahbaik.

Untuk sang moden pula, ianya menggunakan enjin 5.2 liter turbocaj berkembar V12 yang mampu menghasilkan output maksimum 760 HP.

Berbanding harga asal untuk memiliki set Aston Martin ini, barangkali harganya kini mungkin telah berada sekitar 4 juta duit pound sterling barangkali. Masih lagi mahal sebenarnya untuk model seken. Tapi harus barang diingat, ini bukanlah sembarangan model iya adik kakak. Nak kena bida dulu baru boleh dapat.

BACA : FERRARI 166 SPYDER CORSA 1948 INGIN DILELONG DENGAN ANGGARAN HARTA RM25.5 JUTA SAHAJA!

BACA : MOTORSPORT AUCTIONS JUAL SATRIA NEO MILLINGTON 2.5 LITER. HARGA RM431K DUA BULAN LALU!!!

Google ads

B K

Back to top button