
RASMI: MODA SHIFTER 400X DIPERKENAL – RM23,888
Lagi skuter adventure ditawarkan di Malaysia kali ini menerusi MODA Shifter 400X yang diedarkan MDua Motor Sdn Bhd, anak syarikat AMI (AFY Mobility).
Pelancaran Shifter 400X menyaksikan tawaran motosikal MODA di Malaysia kini berkembang kepada dua model selepas Sporter S 250.

Atas kertas, Shifter 400X dipacu enjin satu silinder 333cc SOHC yang berupaya menjana 26.8hp pada 7,500rpm dan 33.5Nm pada 5,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang dengan transmisi CVT.
Sebagai sebuah skuter moden, Shifter 400X ini juga hadir dengan kelengkapan terkini termasuk ABS dwi-saluran dan TCS (traction control system).

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- lampu LED penuh dengan AFS (adaptive front lighting system).
- ESS (Emergency Stop Signal)
- skrin TFT 7″ berwarna
- TPMS
- USB dan soket 12V
- dashcam depan dan belakang
- tangki bahan api 13L
- berat 208kg



Untuk pasaran tempatan, Shifter 400X ini hadir dengan dua warna pilihan; Ninja Black dan Ultra White dan boleh didapati dengan harga RM23,888.









