Buletin

WRC 2024 – OTT TANAK MENANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY. HASRAT THIERRY NEUVILLE TERTANGGUH LAGI

Pemandu pasukan Hyundai, Ott Tanak berjaya memenangi perlumbaan Central European Rally yang penuh dengan drama sekali gus menangguhkan pesta keraiaan yang sepatutnya diraih oleh Thierry Neuville.

Perlumbaan yang berlangsung  cukup mendebarkan namun rezeki memihak kepada bekas juara WRC ini apabila Ott Tänak berjaya meraih kemenangan dengan hanya kelebihan 7.0 saat selepas Sébastien Ogier kemalangan membabitkan jentera Toyota GR Yaris Rally1 miliknya di bahagian kiri pada peringkat kedua terakhir. Sebelumnya Sebastian Ogier telah mengekori pemandu dari Estonia itu dengan hanya perbezaan msa1.5 saat sahaja ketika kejadian berlaku.

Kejayaan Ott Tänak di Central European Rally adalah yang kedua untuk musim ini, sekali gus membuatkan pertarungan merebut tahta kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) musim 2024 bersama rakan sepasukannya Thierry Neuville akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di FORUM8 Rally Japan pada bulan hadapan.

Thierry Neuville, yang berada di landasan tepat untuk memastikan kejuaraan WRC sulungnya sempat berpusing ketika perlumbaan pada pagi Sabtu, menyaksikan kelebihan pungutan mata kejuaraannya dipotong daripada 29 kepada 25 mata. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, 25.8 saat di belakang pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing Elfyn Evans.

Di sebalik nasib malang  menimpa Sebastia Ogier, persembahan pemanduan yang mantap pada hari Ahad daripada rakan sepasukan yang lain. Elfyn Evans dan Takamoto Katsuta berjaya membantu mengurangkan kelebihan pasukan Hyundai Motorsport dalam kejuaraan Pengeluar kepada 15 mata sahaja.

Takamoto Katsuta merupakan pemandu terpantas pada hari terakhir, termasuk ketika peringkat Power Wolf Power, memastikan perlumbaan akhir yang dijangka lebih sengit di Jepun di mana, buat kali pertama sejak 2021, kedua-dua gelaran Pemandu dan Pengeluar akan ditentukan pada perlumbaan terakhir.

Thierry Neuville, Sebastian Ogier dan Ott Tänak semuanya bergilir-gilir mengetuai perlumbaan ini, yang bermula di Prague pada hari Khamis dan menampilkan permukaan aspal mencabar yang merentasi di seluruh Republik Czech, Austria dan Jerman.

OttTänak pula  bergelut dengan tetapan jentera pada pagi Jumaat dan pada mulanya jatuh di tempat kelima, tetapi rentaknya bertambah baik apabila perlumbaan itu berlangsung, memuncak dengan kemenangan ke-21 dalam kerjayanya.

Perlumbaan di Jepun kelak pastinya akan menjadi sukar dengan sengit dengan tekanan yang pastinya tinggi buat kedua Thierry Neuville dan juga Ott Tanak untuk merebut tahta WRC.

BACA : WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE MAHUKAN KEJUARAAN WRC INDIVIDU TERLEBIH DAHULU. UNTUK PENGELUAR KITA WAT LEK WAT PIS SEKEJAP

BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA DAN TOYOTA KEMBALI MENANG DI RALLY CHILE

Google ads

B K

Back to top button