Artikel PilihanBuletin

PAMERAN KERETA VINTAJ DI TOKYO

Dua hari sebelum acara Tokyo Motor Show 2013 melabuhkan tirainya pada 1 Disember lalu, sebenarnya ada satu lagi festival kereta telah dianjurkan. Dikenali sebagai Festival Kereta Klasik Muzium Automobil Toyota, program tersebut diadakan bagi meraikan warisan automotif para pengeluar kenderaan di dunia.  131203_Tokyo_CCF_2013_1L

Berlangsung di Jingu Gaien, Tokyo, ia merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mempromosikan budaya kereta dengan mempamerkan kereta lama dalam jumlah sebanyak mungkin.

131203_Tokyo_CCF_2013_13L

Tahun ini, festival tersebut dimulakan dengan perarakan di luar perkarangan Galeri Foto Memorial Meiji. Dianggarkan lebih 100 kenderaan vintaj, diketuai oleh model  Toyopet “Crown Model RS21” tahun 1960 bergerak sejauh 11 kilometer di tengah bandar raya Tokyo.

131203_Tokyo_CCF_2013_3L

Selepas perarakan tamat, orang ramai berpeluang melihat kereta-kereta itu secara dekat. Antara kereta yang mendapat perhatian ialah kereta sports Jepun produksi terhad seperti 1962 Hino Contessa 900 Sprint dan 1962 Prince Skyline Sports.

131203_Tokyo_CCF_2013_12L

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran kereta klasik dari Eropah seperti 1967 Jaguar E-Type hardtop, 1969 Chevrolet Camaro RS/SS convertible, 1967 Volkswagen Type 2 dan 1968 Austin Mini Countryman Mark II.

131203_Tokyo_CCF_2013_5L

Pameran pada tahun ini juga menyaksikan penceramah yang mewakili Toyota, Nissan dan Hino tampil untuk membincangkan mengenai kereta yang memberi inspirasi dalam karier mereka.

[hr]Galeri

131203_Tokyo_CCF_2013_2L131203_Tokyo_CCF_2013_4L131203_Tokyo_CCF_2013_6L131203_Tokyo_CCF_2013_8L131203_Tokyo_CCF_2013_9L131203_Tokyo_CCF_2013_10L131203_Tokyo_CCF_2013_17L131203_Tokyo_CCF_2013_18L

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button