Buletin

PANDU UJI SEBUAH RENAULT – MENANG APPLE iPHONE XS, NIKMATI TAWARAN HEBAT UNTUK KOLEOS DAN CAPTUR

TC Euro Cars (TCEC) hari ini mengumumkan kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi sebuah Apple iPhone XS dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Sebanyak lima unit Apple iPhones XS, 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 dan pek hadiah eksklusif Renault sedia untuk dimenangi.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli sebuah Renault sepanjang tempoh kempen akan membawa pulang hadiah akhir tahun iaitu filem tinted Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.

Kempen itu bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta memiliki lesen memandu yang sah.

Semua peserta akan menerima satu hadiah istimewa sebaik sahaja selesai sesi pandu uji, sehingga stok masih ada. Mereka juga layak menerima satu penyertaan untuk cabaran tersebut. 

Para pemenang ditentukan dalam satu cabutan bertuah selepas peraduan tamat. Keputusan bakal diumumkan pada 31 Januari 2019.

Tawaran hebat akhir tahun

Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia itu juga melanjutkan promosi hebat ke atas beberapa unit terhad SUV premium Renault Koleos dan crossover urban Captur.

Unit terhad model pra-facelift Renault Captur tahun 2018 kini ditawarkan pada harga RM89,999 manakala model facelift bagi tahun 2018 pula berharga RM98,999.

Untuk memberi lebih nilai dan ketenangan minda kepada pelanggan, kedua-model itu didatangkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.

Unit terhad Renault Koleos 2WD bagi model tahun 2018 ditawarkan pada harga promosi RM169,840. Sementara model Signature 2WD tahun 2018 dijual pada harga RM184,888.

Di bawah promosi ini, Koleos hadir bersama pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.

Kempen akhir tahun ini sah ke atas kenderaan yang didaftarkan mulai 7 November sehingga 31 Disember 2018, sehingga stok masih ada. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja.

Google ads
Back to top button