Artikel PilihanBuletin

INFINITI Q50S RED SPORT – SEBUAH “GT-R” DENGAN EMPAT PINTU!

Mungkin ada yang tanya, Infiniti ni menatang apa ? Baiklah, sepertimana Toyota mempunyai Lexus dan Land Rover mempunyai Range Rover, Infiniti merupakan jenama dibawah Nissan bagi model premium mereka. Mungkin jenama ini masih belum berkembang di Malaysia akan tetapi sudah cukup popular di negara luar khususnya Europe dan di negara jiran kita, Singapura. 

Jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang model Infiniti Q50s Red Sport. Kepada yang dah tahu, baguslah. Kepada yang belum tahu, boleh ambil tahu. Tak rugi pun. Bahkan anda mungkin terkejut 😝😝😝.

DISCLAIMER : Model ni tidak/belum dibawa oleh pihak Infiniti Malaysia. Mungkin ada yang bawa secara Parallel Import(PI) tapi saya tidak pasti. Saya tulis post ini merujuk kepada market di tempat kerja saya iaitu di Singapura. Dan juga atas input yang diberikan oleh rakan saya di Infiniti Singapura. Dan untuk post kali ini saya tidak menerangkan tentang kos penjagaan kerana kenderaan ini masih baru di pasaran.
DISCLAIMER II : Ini bukan iklan berbayar dari pihak Infiniti.

Jadi mari kita mulakan. Bismillah.
🛠Enjin
– Menerima enjin Nissan daripada keluarga VR yang berkod VR30DDTT bersesaran 2,997cc(3.0).
– Dilahirkan pada tahun 2016 di Iwaki, Fukushima, Jepun.
– Konfigurasi enjin 60 darjah V6.
– Mampu menghamburkan kuasa sebanyak [email protected],400RPM dan 475Nm Torque @ 1,600-5,200RPM.
– Kiraan bore dan stroke yang sama iaitu 86.0mm yang menjadikan enjin ini “square engine”.
– Blok Enjin Alumunium.
– Kepala Silinder Alumunium.
– Sistem turbo berkembar dengan wastegate kawalan elektronik.
– Water Intercooler berkembar.
– Oil Pump kawalan elektronik.
– Electronic Variable Timing Control (VTC) pada intake.
– Hydraulic VTC pada exhaust.

🛠Sistem Transmisi
– Dibina oleh Jatco.
– 7 kelajuan dengan Adaptive Shift Control(ASC) & Downshift Rev Matching(DRM) dengan Manual Override.
– Rear Wheel Drive(RWD) / Tarik Belakang.
– 3.13 Axle Ratio

🛠Sistem Brek
– ABS
– EBD
– TCS
– Vehicle Dynamic Control
– 4pot caliper di depan
– 2pot caliper di belakang
– Rotor depan = 356mm(14in)
– Rotor belakang = 351mm(13.8in)

🛠Sistem Suspensi
– Double Wishbone di depan
– Multilink di belakang
– Digital Dynamic Suspension(DDS)

🛠Sistem Steering
– Direct Adaptive Steering(DAS)
– Steering Turning Circle = 11.2meter

🛠Sistem Bahan Api
– Gasoline Direct Injection.
– 80 Liter fuel tank capacity.
– Consumption 9.6(Litres/100KM) combined.

🛠Tayar dan Rim
– Tyre Pressure Monitoring System(TPMS) individual.
– 19″Alloy Wheels with Run-flat Performance Tyres.

🛠Sistem Keselamatan
– 6 Beg Udara.
– Alarm.
– Rain sensing wipers.
– Auto dimming rear view mirror.

🛠Sistem Keselesaan
– Start-stop system.
– Hill Start Assist.
– Push Button Ignition.
– Speed Sensitive Power Steering Assistance.
– Rear Air-Conditioning Vents.

🛠Teknologi
– Active Trace Control.
– Infiniti InTouch.
– Bluetooth.
– Keyless Entry.
– Front & Rear Parking Sensor with Display.
– Eco Pedal.
– Infiniti Drive Mode Selector.
– Dual Touch Screen.
– Voice Recognition System.
– Around View Monitor.
– I-Key with smart access & enhanced memory.
– INFINITI Safety Shield (Lane Departure Warning & Lane Departure Prevention, Blind Spot Warning & Blind Spot Intervention Systems, Foward Emergency Braking, Predictive Foward Collision Warning System, Distance Control Assist, Back-up Collision Intervention)

🛠Dalaman
– USB/iPod connectivity and AUX-in RCA.
– Leather steering wheel & gear shift lever.
– 12V power outlets in centre console.
– 40/60 Split-folding rear seat back.
– Driver’s power lumbar support.
– Bluetooth audio streaming.
– Front armrest with strorage compartment.
– ISOFIX seat mounting points in the rear seats.
– Power front seats adjustment with memory.
– INFINITI Bose Studio on Wheels, 14-speaker premium audio system, CD/DVD & speed-sensitive volume.

Baiklah, selesai sudah bab spesifikasi. Maafkan saya kalau saya campur Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk memudahkan kita semua memahami terma-terma dan frasa-frasa yang digunakan dalam dunia Automotif.
Jadi, mari kita huraikan serba sedikit tentang teknologi dan sistem yang ada dalam kenderaan ini.
⚙Adaptive Shift Control(ASC)
Sistem transmisi automatik 7 kelajuan ini telah dibina dengan nisbah gear dijarakkan untuk ambil kira pecutan langsung yang responsif. Adaptive Shift Control(ASC) menggunakan Lateral Acceleration Sensor mengesan perubahan topografi di jalan raya itu, seperti bukit atau sudut, dan memanipulasi corak perubahan gear berdasarkan perubahan keadaan pemanduan. ASC juga membenarkan Sistem Transmisi memerhatikan cara pemanduan dan menyesuaikan gear kepada kesesuaian pemandu.
Di dalam “Sport Mode”, Sistem Transmisi ini memilih corak penukaran gear yang lebih agresif, dengan menahan penukaran gear lebih lama dan panjang bagi menghamburkan  kuasa maksimum dikala enjin pada RPM tinggi. Di dalam pemanduan biasa, Sistem Transmisi ini berfungsi dengan lebih santai dan corak penukaran gearnya pula tidak agresif dan seakan-akan tidak terasa penukaran gear itu bagi mendapatkan keselesaan maksimum.
Bahasa Pasar : Time engko bawak kete, bila ko pilih sport mode, dia lambat tukar gear, RPM tinggi baru gear masuk. Bila normal drive, dia smooth se-smoothnya.

⚙Downshift Rev Matching(DRM)
Downshift Rev Matching bermaksud memadankan kelajuan enjin dengan kelajuan gear semasa penukaran gear berlaku. Sebagai contoh, ECU akan meningkatkan RPM enjin untuk memadankan kelajuan dengan gear bagi mengelakkan tindak balas “jerk” atau “surge” ketika “downshift”. Ia juga mengelakkan kenderaan hilang kuasa ketika mahu memecut kembali.
Kesimpulannya, “downshift” akan terasa lebih lebih selesa dengan ciri ini. Oh ya, semua ini dikawal secara automatik oleh ECU.
Bahasa Pasar : Engko pernah dengar “Heel & Toe” yg biasa racer-racer buat tu ? Samalah konsepnya, tp kete auto cmner nk “Heel & Toe” kan ? So DRM ni function dia samalah taknak bagi RPM jatuh bila downshift, cuma control by electronic. Jadi takdelah kete tu hilang power bila nak memecut balik. Lagi satu, kereta performance zaman sekarang ni pun dh ada sistem DRM ni even utk kete manual.

⚙Digital Dynamic Suspension (DDS)
Digital Dynamic Suspension (DDS) berfungsi untuk mengawal “body roll”, “pitch” dan “bounce rate” untuk memberikan pengalaman memandu yang selesa, selamat dan tangkas. Sistem ini secara elektronik mengawal “dampening force” sama ada lembut atau keras. Sistem ini juga mampu berfikir apabila menerima signal daripada suspensi untuk meminimumkan gegaran dan juga bunyi jalan ketika memandu di dalam apa jua keadaan jalan.
Bahasa Pasar : Engko boleh adjust nak lembut ke nak keras. Pastu dia boleh otomatik adjust ikut keadaan jalan. Maklumlah, keadaan jalan kita pun sedang-sedang saja. Jadi, banyak keja sistem ni. Hahaha.

⚙Direct Adaptive Steering (DAS)
Sistem ini merupakan sistem pertama di dunia yang menggunakan kawalan steering secara digital. Macam mana tu ? Macam ni, “Steering Wheel” dengan “Steering Rack” tu tak bersambung secara fizikal. ECU bertindak mengawal 100% pemanduan dengan menerima signal dari “Steering Wheel” dan dihantar ke “Steering Rack” dan juga sebaliknya. Ini membolehkan sistem ini melakukan lebih kurang “1,000 steering adjustment per second” bergantung kepada corak pemanduan dan keadaan jalan. Ia juga memberikan pengendalian yang responsif dan keseronokan memandu berganda.
Bahasa Pasar : Biasanya basic kita tahu, steering wheel – steering column – steering rack – tayar. Ni takde column dah, dia ganti dengan ECU. Jadi, bila engko pusing steering, signal akan dihantar pada ECU, pastu ECU menggerakkan rack berdasarkan darjah steering yg engko pusing tu. Kelebihan dia, bila jalan tak cun, tkde lah ko rasa gegar kat steering tu. Sebab fokus premium brand macam Infiniti ni kan keselesaan. Lain macam betul dia punya Advance sistem ni. Tak pernah di buat orang. Hahaha.
Inilah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan tentang Infiniti Q50s Red Sport. Dengan spesifikasi yang tertera diatas, memang kena lah kereta ini dengan tag harga SGD246,800. Segala sistemnya memang “advance”. Siapa kata Jepun tak boleh lawan Eropah.
Oh ya, kita sibuk cerita tentang sistem. Mungkin ada yang terlepas pandang yang enjinnya mampu menghamburkan kuasa sebanyak 400hp dan 475Nm Torque. Gila tak kuat, siapa kata tak kuat tu jangan sampai kufur nikmat. Haha. 400hp pada sebuah Sedan Premium. Kereta ini boleh diklasifikasikan sebagai “Sleeper”. Enjin power, selesa, handling sedap. Nak apa lagi kan ? Dannnnn. Jangan cuba cucuk.
Kereta ini juga adalah alternatif kepada brader-brader yang nak pakai kereta sukan tetapi tak tahan kena bebel dengan bini sebab tak selesa.
Kalau lah betul rasa 400hp tak cukup, jangan risau jangan gundah gulana. Enjinnya dari keluarga VR yakni keluarga GTR. Jadi potensinya adalah besar. Water Intercooler lagi baqhangg. GTR pun tak dapat sistem ni. Lagipun, cuba usha website performance online. Dah bersepah upgrade kit untuk Enjin VR30DDTT ini.

Akhir kalam, saya mintak maaf jika terkasar bahasa atau terguris perasaan pembaca sekalian. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya.

Assalamualaikum,
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd
Tags
Google ads
Back to top button