Peranti

PAPAN KEKUNCI LOGITECH

Selepas sukses dengan papan kekunci ultra nipis untuk komputer tablet iPad, syarikat teknologi terkemuka dunia, Logitech kini menawarkan produk sama untuk iPad mini pula. 

Papan kekunci ultra nipis yang turut bertindak selaku pelindung kepada iPad mini ini mampu meningkatkan pengalaman menggunakan peranti tersebut. Ia membantu anda untuk menggunakan aplikasi, melihat gambar, menonton filem atau menaip dengan lebih mudah dan selesa.

Pada masa yang sama, perkakasan ini tetap membuatkan peranti anda kekal nipis, ringan dan bergaya.

logitech 2

“Kami cukup teruja untuk membawakan rekaan pelindung papan kekunci ultra nipis ini kepada pengguna. Produk yang memenangi anugerah ini disifatkan sebagai papan kekunci bergerak terbaik dalam industri untuk iPad dan iPad mini.

“Anggap sahaja ia sebagai sebahagian daripada iPad mini anda. Reka bentuknya yang pintar dapat dipadankan dengan sempurna pada iPad mini. Malah, ia turut menawarkan papan kunci saiz sebenar untuk memudahkan anda menaip,” kata Pengarah Serantau Logitech untuk Asia Tenggara, Prasenjit Sarkar.

Dilekatkan dengan selamat menggunakan magnet, papan kekunci ultra nipis mini Logitech ini mempunyai penutup aluminium yang nipis dan ringan. Apabila anda hendak menggunakannya, cuma balikkannya dan ia menawarkan papan kekunci bersaiz tujuh inci.  

logitech

Ia juga hadir bersama kunci pintas (shortcut keys) yang biasa anda gunakan seperti copy dan paste. Papan kekunci ini bertindak sebagai pemegang, jadi anda boleh menggunakan iPad mini tanpa perlu memegangnya.

Papan kekunci ultra nipis mini Logitech ini mempunyai ciri On/Off. Maksudnya, iPad mini akan terus dinyalakan sebaik sahaja penutup ini dibuka dan berada dalam mode bersedia apabila ditutup.

Bagi memudahkan pengguna, aksesori ini memiliki jangka hayat bateri selama tiga bulan (berdasarkan kepada penggunaan selama dua jam setiap hari). Jadi, anda mempunyai banyak masa untuk meneroka tablet dan tidak perlu bimbang tentang masalah papan kekunci kehilangan tenaga bateri.

logitech 5

Produk ini dijangka berada di pasaran Malaysia bermula Mei 2013 pada harga cadangan RM259 seunit. Maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman web: www.logitech.com/my atau laman Facebook: www.facebook.com/LogitechMalaysia

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button