Buletin

TWIZY RENAULT SPORT F1

Renault baru-baru ini memilih kilang pengeluarannya di Valladolid, Sepanyol untuk memperkenalkan jentera konsep terbaharunya, Twizy Renault Sport F1. Model konsep ini mengubah penampilan kenderaan elektrik (EV) urban Renault Twizy menjadi sebuah jentera dengan gayaan maskulin dan prestasi mengagumkan. 

Ia dikatakan bertindak sebagai perantara di antara teknologi dunia F1 dan kenderaan produksi. Kereta lumba Twizy Renault Sport F1 dilengkapi side pod, wing belakang, peresap udara dan lampu ketika hujan seperti jentera F1 yang menguatkan lagi hubungannya dengan perlumbaan berprestij dunia itu.

250413-b-ren

Twizy Renault Sport F1 bukan sekadar kereta konsep. Ia turut menawarkan prestasi tinggi yang sebenar menerusi aplikasi Kinetic Energy Recovery System (KERS). Sedia maklum bahawa KERS cukup sinonim dengan jentera F1 Renault.

Sistem ini boleh meningkatkan pengeluaran kuasa sebanyak enam kali ganda. Ia juga membolehkan kereta kompak ini mencatat kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh yang sama dengan model breprestasi tinggi, Mégane Renaultsport 265.

mekanika - megane (slider) (2)

Twizy Renault Sport F1 nyata membuktikan kepakaran termaju Renault dalam teknologi elektrik yang digunakan dalam perlumbaan F1. Terutama KERS yang dipeloporinya sejak tahun 2009.  KERS adalah hasil kerjasama rapat di antara pasukan jurutera di Renaultsport dan Renault Sport F1.

“KERS merupakan satu sistem yang sangat kompleks. Mengintegrasikannya kepada sebuah kereta elektrik bukanlah tugas mudah. Namun, kami berjaya melakukannya. Saya tidak pasti berapa banyak kereta sebegini akan berada di atas jalan raya. Tetapi ia membuktikan bahawa prinsip-prinsip yang digunakan di litar lumba boleh digunakan di atas jalan raya biasa,” kata Presiden dan Pengarah Urusan Renault Sport F1, Jean-Michel Jalinier.

[hr]

Galeri

250413-a-renRenault-Twizy-F1-concept-6

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button