Peranti

LOGITECH X300 – RM259

Bagi mereka yang sedang mencari unit pembesar suara mudah alih tanpa wayar, tawaran terbaharu daripada  Logitech ini mungkin boleh memenuhi keperluan tersebut.

Logitech-X300-RM259-mekanika (1)

Pembesar suara tanpa wayar Logitech X300 menawarkan spektrum bunyi yang lebih luas. Kualiti bunyi bass, nada rendah dan tinggu turut dipertingkatkan. Bukan itu sahaja, ia boleh bertindak sebagai pembesar suara untuk telefon pintar anda selepas disambung menggunakan Bluetooth.

Dengan Logitech X300, anda boleh mendengar muzik sehingga sejauh 30 kaki. Sekali gus memberi kebebasan untuk pengguna menikmati muzik atau media kegemaran masing-masing.

Logitech-X300-RM259-mekanika (20)

Untuk menepati selera pelanggan yang pelbagai, Logitech X300 tampil dengan warna-warna menarik seperti merah jambu, biru dan coklat.

“Kami mereka bentuk pembesar suara stereo ini di atas satu platform akustik yang baru. Ia diposisikan sedikit ke atas untuk menawarkan lontaran bunyi yang berkualiti tinggi.

Logitech-X300-RM259-mekanika (18)

“Pendek kata, Logitech X300 memberikan anda kualiti bunyi teater,” kata Pengurus Perniagaan Negara Logitech Malaysia, KP Sim.

Pembesar suara mudah alih ini senang untuk disambung dan dikawal. Anda boleh mengubahsuai kekuatan suaranya dengan mudah. Dikuasakan oleh bateri lithium ion, ia mampu memainkan muzik selama lima jam tanpa henti. Logitech X300 boleh dicaj semula menggunakan kabel mikro USB.

SONY DSC

Logitech X300 kini sudah boleh didapati di semula penjual sah Logitech di seluruh negara mulai 18 Disember 2014. Harga yang ditawarkan ialah RM259 seunit. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.logitech.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button