
PASSAT JADI KENDERAAN RASMI LE TOUR DE LANGKAWI 2016
Volkswagen Group Malaysia berbesar hati mengumumkan penyertaannya selaku penaja rasmi kenderaan bagi acara Le Tour De Langkawi Malaysia 2016 yang akan berlangsung mulai 24 Februari hingga 2 Mac 2016.
Volkswagen Group Malaysia menaja sebanyak 190 unit Passat yang bakal digunakan oleh para pelumba, pegawai keselamatan dan pihak polis sepanjang perlumbaan tersebut.
Mengulas tentang penajaan tersebut, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Kami berbangga kerana Volkswagen Passat yang dipasang tempatan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bertaraf dunia. Ciri-ciri ini akan memainkan peranan penting dalam memastikan acara, deligasi, pegawai dan para pelumba selamat sepanjang perlumbaan.”
Tour de Langkawi ialah satu acara perlumbaan basikal pelbagai peringkat yang biasanya diadakan pada bulan Februari di Malaysia. Perlumbaan tahunan ini telah dianjurkan sejak tahun 1996 dan melibatkan 10 peringkat selama 10 hari.
Demi memberi laluan yang berlainan pada setiap tahun, pendakian Genting Highland bagaimanapun sering dimasukkan sebagai salah satu laluan paling sukar dalam perlumbaan ini.
kredit foto: www.ltdl.com.my