
YAMAHA MT-09 FLAT TRACKER
Penampilan Yamaha FT-09 sudah cukup sempurna. Tidak banyak yang perlu diubah suai.
Namun begitu, syarikat modifikasi AD Koncept dari Perancis tampil dengan Yamaha FT-09 yang berbeza.
Jentera itu kini boleh digunakan setiap hari mahupun meredah laluan off-road.
AD Koncept memilih FT-09 kerana ia memiliki struktur kerangka yang boleh diubah dalam pelbagai bentuk. Termasuklah gaya model flat tracker.
Bahagian rim TKC dipadankan dengan warna putih bersama swing arm milik Continental. Ini bagi memberikan keteguhan ketika melalui laluan off-road.
Selain itu, gentian karbon turut membaluti kedua-dua swing arm dan bingkai aluminium.
Bahagian belakang pula tampil retro ala “slash cut”. Sentuhan klasik dapat dilihat pada garisan hitam dan putih.
Lampu hadapan juga lebih kecil berbanding yang asli. Menarik kan??