Artikel PilihanBuletin

TERIOS CUSTOM PUTIH PILIHAN INDONESIA

Pasaran SUV di Indonesia sememangnya agak besar. Justeru, PT Astra Daihatsu Motor menggunakan peluang berkenaan untuk memperkenalkan Daihatsu Terios Custom.

daihatsu-terios-custom-indonesia-mekanika (2)

Model itu tetap diperkenalkan biarpun Daihatsu menjangkakan pasaran automotif 2016 tidak akan mengalami peningkatan berbanding 2015. Tidak menyasarkan jualan yang tinggi, Terios Custom mengalami perubahan aksesori sebanyak 10 peratus.

Hanya ditawarkan dalam warna putih, Daihatsu Terios Custom  lebih sporty dengan warna bumbung hitam. Warna putih dipilih kerana ia digemari oleh pengguna di Indonesia.

daihatsu-terios-custom-indonesia-mekanika (1)

Rim aloi dan perumah cermin juga didatangkan dengan kemasan hitam yang memberikan kesan moden dan sporty. Perubahan selanjutnya dapat dilihat menerusi penambahan pelekat pada bahagian badan, lencana dan Muffle Cutter. Rim juga menerima rekaan baharu.

Bahagian hadapan Terios Custom dilengkapi sensor di tepi. Tidak ketinggalan paparan kamera undur untuk memudahkan urusan parkir. Enjinnya masih sama, tiada perubahan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button