Buletin

PASUKAN FERRARI AF CORSE MENANG PERLUMBAAN 24 JAM LE MANS, EDISI 2023

Perlumbaan mencabar 24 jam Le Mans edisi 2023 nampaknya sudah berakhir semalam dan perlumbaan ini adalah detik yang sangat bersejarah bagi pasukan perlumbaan Ferrari. Ia adalah percubaan pertama mereka untuk merebut semula gelaran juara Le Mans semenjak tahun 1973

Pasukan Ferrari AF Corse memenangi perlumbaan ini dengan jentera bernombor 51 yang dipandu oleh Antonio Giovinazzi, James Calado dan Alessandro Pier Guidi pada perlumbaan pertama mereka di litar ini serta merupakan ulang tahun ke 100 perlumbaan Le Man

Jentera Ferrari 499P ini berlumba dalam kategori Le Mans Hypercar dikuasakan dengan sistem hibrid. Enjin V6 yang digunakan menggunakan rekaan asas yang sama seperti yang digunakan pada jentera 296GT3 akan menghantar kuasa pada roda belakang manakala motor elektrik pula akan dipautkan pada roda depan.

Bagi memenuhi tujuan regulasi, kuasa enjin jentera Ferrari ini dihadkan kepada 670 kuasa kuda manakala kuasa motor elektrik pula ialah 268 kuasa kuda. Sistem hibrid pula menggunakan sistem KERS (Kinetic Energy Recovery System) yang sama digunakan pada jentera F1 namun dengan beberapa perubahan teknikal Le Mans.

Semua kuasa elektrik disimpan dalam sel 900 volt dan digabungkan dengan transmisi 7 kelajan sequential. Perlumbaan edisi 2023 ini juga menyaksikan persaingan sengit antara Ferrari dan Toyota yang berusaha untuk memenagi perlumbaan secara hatrik 6 kali berturut-turut

Namun Ferrari 499P berjaya mengatasi halangan cuaca hujan lebat, litar basah, masalah teknikal, gangguan Safety Car bagi menghabiskan 342 pusingan litar Le Mans dalam masa 24 jam dan 18 saat. Ia mengatasi jentera GR010 Hybrid Gazoo Racing yang bernombor 8 dengan catatan masa 24 jam, 1 minit dan 39 saat

Ketika perlumbaan Ferrari 499P ini menghadapi masalah dengan sistem penghidup di pit stop namun keadaan ini diselamatkan apabila jentera no 8 Toyota Gazoo Racing mengalami kemalangan. Keadaan ini membuka peluang untuk jentera 499P mara ke depan

Pada permulaan perlumbaan, edisi 2023 ini menyaksikan persaingan sengit antara Ferraru, Toyota, Porsche dan Peugeot dengan kedudukan sentiasa bertukar antara pasukan ini. Namun pada akhir perlumbaan kedudukan nombor 3 dan 4 dimenangi oleh pasukan Cadillac Racing

Sebuah lagi jentera Ferrari bernombor 50 yang dipandu oleh Antonio Fuoco, Miguel Molina dan Nicklas Nielsen mendahului perlumbaan ketika permulaan namun keadaan hujan yang menyebabkan litar menjadi basah telah menyebabkan sistem KERS milik mereka menjadi bermasalah dan berakhir pada kedudukan ke 5

Google ads
Back to top button