Motosikal

PDRM TERIMA 200 UNIT YAMAHA TRACER 9 GT TERBARU 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 200 unit pertama motosikal jenis Yamaha Tracer 9 GT dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). 

Penyerahan itu merupakan yang terbesar pernah dilaksanakan pihak HLYM kepada PDRM setakat ini. 

Menurut Yamaha, pemilihan Tracer 9 GT bergantung pada beberapa faktor penting antaranya tahap keselesaan menunggang, prestasi enjin, teknologi serta ketahanan dan kebolehpercayaan model tersebut. 

Difahamkan, Tracer 9 GT itu akan digunakan untuk tugasan kawalan iringan peringkat tinggi serta rondaan khas oleh PDRM. 

Dalam pada itu, Yamaha Tracer 9 GT turut menjadi pilihan berdasarkan reputasi Yamaha dalam aspek kualiti dan ketersediaan servis selepas jualan serta alat ganti yang boleh didapati secara meluas di lebih 250 pusat servis Yamaha Quality Service (YQS) seluruh negara. 

Google ads
Back to top button