Motosikal

RASMI: BRIXTON STORR 500 LANCAR DI MALAYSIA – RM29,888

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal Brixton Motorcycles di Malaysia dengan rasminya melancarkan Brixton Storr 500 dengan harga jualan Rm29,888. 

Atas kertas, Storr 500 dibangunkan sebagai pesaing kepada Honda NX500 malah menawarkan enjin dan kuasa yang mirip dengan pesaing dari Jepun itu. 

Storr 500 ini menawarkan 47hp pada 8,500rpm dan 43Nm pada 6,750rpm yang terhasil dari unit dua silinder 486cc dengan sistem penyejukan cecair. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi final drive rantai dan dikawal oleh transmisi manual 6-kelajuan. 

Antara kelengkapan yang didatangkan secara standard pada motosikal ini termasuk ABS Bosh dwi-saluran, lampu LED depan dan belakang, suspensi KYB boleh laras, serta sistem brek J.Juan. 

Menariknya, Storr 500 ini turut didatangkan dengan tayar Pirelli Scorpion Rally STR secara standard yang dipadankan bersama rim 19-inci depan dan 17-inci belakang. 

Sebagai sebuah motosikal adventure, Brixton Storr 500 ini dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 16L yang menawarkan jarak 380km.  Brixton mendakwa motosikal ini mampu mencapai kelajuan lebih 160km/j. 

Google ads
Back to top button