
RASMI: WMOTO ISLAND 150 MENDARAT DI MALAYSIA – RM6,688
Perang skuter belum habis, kali ini MForce meneruskan persaingan sengit segmen skuter dengan pelancaran WMOTO Island 150.
Berbeza dengan skuter 150cc dalam segmen yang sama, Island 150 menampilkan ciri skuter yang konvensional termasuk kehadiran floorboard yang luas sekaligus lebih praktikal.

Atas kertas, skuter ini digerakkan enjin satu silinder 150cc dengan sistem penyejuk cecair. Enjin ini berupaya menjana 15.6hp pada 8,500rpm dan 14.2Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT.

Antara perincian ditawarkan termasuk ABS Bosch, pencahayaan LED penuh dan meter digital, fork teleskopik depan serta tangki bahan api berkapasiti 9L.
Bagi pasaran tempatan, Island 150 ini dijual pada harga hanya RM6,688.







