
RASMI: CFMOTO 250 DUAL LANCAR DI MALAYSIA – RM9,888
CFMOTO Malaysia dengan rasminya memperkenalkan CFMoto 250 Dual untuk pasaran tempatan dengan harga jualan hanya RM9,888.
Sekadar perbandingan, pesaing bagi Dual 250 ini adalah Kawasaki KLX 230 yang dijual pada harga bermula dari RM23,000 hingga RM23,600.
Pelancaran Dual 250 ini juga berlangsung sewaktu perasmian pembukaan pusat servis, jualan dan alat ganti motosikal terbesar di Malaysia yang bertempat di Segambut, Kuala Lumpur.

Menggerakan 250 Dual ini adalah unit satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 7,000rpm.
Berbeza dengan 230 Dual yang dipasarkan di Filipina yang mengguna pakai sistem karburator, versi 250cc ini pula menggunakan suntikan bahan api (EFI).

Antara perincian lain tersenarai termasuk:
- cakera brek 265mm depan
- tangki bahan api 13L
- cakera brek 220mm belakang
- lampu LED
- rim spoke (tube)
- USB Type-A
Melengkapkan CFLite 250Dual ini sebagai motosikal dual-purpose adalah penggunaan rim berukuran 21-inci depan dan 18-inci belakang. Menariknya, ABS juga didatangkan secara standard.







