Motosikal

MFORCE BUKA PUSAT SERVIS MOTOSIKAL TERBESAR DI MALAYSIA, BELANJA RM40 JUTA

MForce Bike Holdings Sdn Bhd melakar sejarah baharu apabila memulakan kalendar 2026 dengan pembukaan pusat servis, jualan dan alat ganti motosikal terbesar di Malaysia. 

Bertempat di Segambut, Kuala Lumpur, fasiliti serba lengkap yang berkeluasan 77,000 kaki persegi (sqft) itu menawarkan kapasiti penyelenggaraan berskala tinggi dalam usaha meningkatkan kecekapan operasi bagi warga Lembah Klang. 

Fasiliti serba baharu ini juga menawarkan rangkaian kemudahan yang komprehensif termasuk ruang pameran MForce Gallery yang membarisakan 16 susun atur pelbagai jenama, ruang menunggu yang luas dan selesa, CR Cafe, restoran, pusat alat ganti serta gudang penyimpanan alat ganti. 

Menariknya, cawangan terbaru ini turut dilengkapi dengan Motorcycle Inspection Test Bench yang menelan belanja RM1.5 juta. Menurut MForce test bench ini bagi memastikan pemeriksaan motosikal pelanggan dijalankan secra menyeluruh. 

Bagi memastikan perkhidmatan yang cekap dan efisien, pusat servis ini turut menempatkan 16 service bay.

Menurut MForce, kos pembinaan fasiliti ini menelan belanja hampir RM40 juta sekaligus mencerminkan komitmen MForce dalam memperkukuh perkhidmatan sedia ada. 

Google ads
Back to top button