Buletin

PELUANG TERAKHIR MENYAKSIKAN PERLUMBAAN FORMULA 4 SEMPENA F1 TERAKHIR DI SEPANG NANTI

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Formula 1 telah menginspirasikan sebuah generasi dan menjenamakan sebuah negara. Pada tahun 1999 dunia telah dikenalkan dengan sebuah Negara kecil yang berada di Laut China Selatan melalui ‘Super Sirkit’ F1pertama terletak di Sepang, Malaysia dan telah mendapat mengikhtirafan menjadi hos untuk Formula 1 Grand Prix selama dua dekad, memulakan industri sukan permotoran yang pelbagai, memperbaharui sektor ekonomi dan menarik minat dunia kepada peluang pelaburan baru.

Ketibaan Formula1 di Malaysia mencipta satu bidang khusus dalam industri pelancongan yang terus berkembang, mencetuskan projek pembangunan yang luas dan pertukaran asing yang besar yang telah membantu Malaysia bergerak lebih dekat untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

BACA: APAKAH DIA FORMULA E?

Prospek pada F1 merupakan detik permulaan yang telah menarik minat penganjur FIA Formula 4 SEA ke Malaysia. Sejak 1996, mereka telah membantu 7 orang pelumba seperti Rio Haryanto, Narain Karthikeyan, Takuma Sato, dan Jazeman untuk memandu uji dan berlumba di Formula 1, dan bakat muda baru seperti Daniel Woodroof, Afiq Ikhwan dan ramai lagi telah mendapat peluang dengan kejohanan peringkat permulaan seperti AsiaCup, yang kini telah dinaiktaraf kepada kejohanan Formula 4 Asia SEA.

Pelaburan Malaysia dalam F1 menimbulkan minat besar dari generasi muda untuk meneroka peluang dalam perlumbaan motor dan mereka kini mengejar kerjaya yang berkaitan dengan sukan permotoran seperti kejuruteraan automotif dan mekanik, dinamik dan analisis kerta lumba, kewartawanan sukan, pengurusan acara dan pendidikan.

Sejak 20 tahun yang lalu, pasukan lumba Formula 4 SEA telah melatih dan membangunkan rakyat Malaysia dan membina ekosistem automotif serantau serta perniagaan berkaitan.

APAKAH ITU FORMULA 4 SEA?

Formula 4 SEA merupakan salah satu daripada 12 kejohanan F4 global yang direka untuk membantu transisi pelumba dari karting ke sukan formula secara kos efektif. Ia menawarkan 30 perlumbaan untuk EURO100,00, ia merupakan separuh daripada kos untuk kejohanan setaraf di Eropah.

F4SEA diberi lesen untuk berlumba di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, India, Vietnam, Kemboja dan Taiwan. Pasaran sukan bermotor yang muncul boleh mendapat manfaat daripada kejohanan satu konsep F4SEA

Seiring dengan Formula 1, ekosistem ini terus berkembang, bermula dengan Kejohanan Formula 4 SEA – langkah pertama FIA untuk ke F1 di rantau Asia – di mana ia mendidik pelumba tempatan dan serantau begitu juga untuk kru sokongan untuk juruteknik, jurutera, staf pentadbiran, PR and produksi televisyen, jurugambar dan hos yang professional yang telah dipilih untuk menjadi pakar dalam industri yang berteknologi tinggi ini.

FINALE Grand Prix F1 Malaysia akan diadakan pada akhir bulan September. Sempena sambutan Merdeka marilah kita meraikan kejayaan dan kebanggaan dibawa dari Formula 1 ke Malaysia dan legasi Formula 4 yang ditinggalkannya.

 

 

Tags
Google ads
Back to top button