Artikel Pilihan

FERRARI DISERANG HACKERS TETAPI TIDAK AKAN MELAYAN PERMINTAAN MEREKA – KAU FIKIR KAU SIAPA

Ferrari sahkan mereka terima serangan siber dan dihubungi hackers yang majukan wang tebusan untuk data yang diceroboh. Pengeluar supercar tersebut tidak akan melayan tuntutan tersebut dan telah memulakan siasatan jenayah.

Ia adalah polisi Ferrari untuk membayar tuntutan daripada kegiatan jenayah seperti ini. Sebaik tuntutan diterima mereka segera memulakan siasatan dengan berkolaborasi bersama firma keselamatan terkemuka global.

Mereka turut membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk memastikan ancaman ini dapat dibanteras dan pihak terbabit menerima hukuman yang sewajarnya.

Dalam surat kepada pelanggan, CEO Ferrari Benedetto Vigna menyatakan yang penceroboh berjaya mengakses nama, alamat, emel serta nombor telefon pengguna.

Nasib baik penceroboh tidak berjaya mendapatkan maklumat kewangan pelanggan dan model Ferrari yang mereka miliki. Tapi yang tak bestnya, organisasi yang terlibat dalam jenayah ini masih belum dapat dikenalpasti.

Pakar keselamatan siber menyokong tindakan Ferrari dan berpendapat jika tuntutan dilayan ia akan membantu membiaya operasi hackers di masa akan datang. Malah belum tentu pun mereka akan memulangkan semula data yang dirembat.

Tapi dah tentu la ada pelanggan yang bimbang jika data-data peribadi mereka digunakan untuk mencipta profil media sosial palsu. Maklumlah diorang ni kebanyakan mempunyai imej yang sesuai untuk menarik downline.

Google ads
Back to top button