Buletin

PELUMBA LAGENDA KUNIMITSU TAKAHASHI MENINGGAL DUNIA

Honda baru-baru ini mengumumkan pemergian seorang pelumba lagenda, Kunimitsu Takahashi pada usia 82 tahun.

Takahashi menyertai pasukan Honda sebagai pelumba motosikal pada tahun 1960 sebelum membuat kemunculan kali pertama di Motocycle World Championship.

Pada tahun 1961, Takahashi berjaya memenangi West German Grand Prix kategori 250cc dan sekaligus menjadi pelumba Jepun pertama yang menjuarai World Championship Grand Prix.

Selain perlumbaan motosikal, Takahashi juga turut dikenali dengan pembabitannya di dalam sukan perlumbaan kereta, salah satu daripadanya adalah Formula One pada tahun 1977 mewakili Meritsu Racing Team.

Namun, pencapaian yang paling impresif adalah menjuarai kategori GT2 di 24 Heures du Mans 1995 bersama-sama lagenda drift king Keiichi Tsuchiya dan Akira Iida di dalam jentera Honda NSX.

Setelah ‘bersara’, Takahashi kemudian membentuk pasukan Team Kunimitsu untuk menyertai acara perlumbaan Super GT Jepun sejak tahun 2000.

Pada tahun 2018, pasukan tersebut berjaya menjuarai kategori GT500 dan merampas kembali kedudukan tersebut pada tahun 2020 – VisorDown

Google ads
Back to top button