Buletin

FORD DAFTAR PATEN MOD DRIFT BAHARU

Mod drift merupakan antara ciri kawalan yang sudah pun boleh didapati pada model-model hot hatch pacuan semua roda, seperti Mercedes-AMG A45S dan Ford Focus RS.

Namun, berdasarkan laporan terbaharu, Ford kini mendaftarkan paten untuk mod drift generasi baharu yang unik.

Menurut info daripada pejabat pendaftaran paten Amerika, sistem ini akan bertindak saat kereta memasuki mod drift dengan memisahkan roda yang dipacu dan menggunakan daya brek untuk mengunci seketika pergerakan roda bagi memulakan drift.

Secara asasnya, ia adalah kesan yang sama seperti penggunaan brek tangan hidraulik oleh pelumba drift professional, dan kemudian sistem akan menambah kuasa untuk memaksimumkan aksi tersebut berdasarkan data kelajuan roda.

Paten ini turut mencadangkan ia boleh diaplikasikan pada kenderaan konvensional, serta kenderaan elektrik (EV), jadi antara model yang dijangka bakal menerima mod drift ini termasuklah generasi baharu Ford Mustang, dan mungkin sekali Ford Mustang Mach-E – CarBuzz

Google ads
Back to top button