
GP INDONESIA DI LITAR MANDALIKA MINTA BANTUAN BOMOH HUJAN
GRAND Prix (GP) Indonesia sekali lagi mencuri tumpuan apabila kali ini khidmat pawang hujan dilihat berada dalam Litar Mandalika, Lombok untuk melakukan ritual bagi menghentikan atau mengalihkan hujan.
Pawang hujan yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan melakukan ritual apabila perlumbaan MotoGP yang sepatutnya bermula pukul 3 petang semalam terpaksa ditangguhkan selepas hujan lebat membasahi keseluruhan litar.
“Kehadiran saya di sini adalah untuk menurunkan suhu agar lembab dan sejuk dengan sedikit hujan di sekitar Litar Mandalika,” kata Rara. Difahamkan, wanita itu pernah menjadi pawang hujan ketika acara pembukaan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.
Sebelum saingan MotoGP bermula, beberapa keping gambar wanita berkenaan tular di media sosial dan sedang melakukan ritual. Bagaimanapun, tindakan tersebut dilihat mendapat kebenaran. – KOSMO! ONLINE
- BACA: JUALAN PERLAHAN, PENJAWAT AWAM DIWAJIBKAN BELI TIKET MOTOGP DI MANDALIKA
- BACA: BUNYI JENTERA MOTOGP BUAT KAMI SAKIT HATI – PEMILIK TANAH LITAR MANDALIKA
- BACA: PERLUMBAAN PERTAMA ATC DI LITAR MANDALIKA DIBATALKAN. LITAR BELUM SEDIA, MARSHAL TAK CUKUP, ALAMI MASALAH TEKNIKAL
- BACA: BUKA KOTAK JENTERA WSBK DUCATI, TINDAKAN BODOH DAN MEMALUKAN NEGARA – TENTERA BAWANG INDONESIA