Buletin

BANJIR PUNYA HAL. PEMILIK ATIVA REDA WARANTI TERBATAL, BARU 2 BULAN PAKAI

Seorang pemilik PERODUA Ativa melahirkan rasa sedih apabila kenderaan baharu dimiliki selama dua bulan berdepan waranti terbatal secara automatik.

Ia berikutan kenderaan dengan perbatuan 2,500 km itu mengalami kerosakan akibat dilanda banjir.

Melalui hantaran di laman rasmi Facebook Kelab Pemilik Perodua Ativa Malaysia (ATIVA), Hafiz YM Mohd memberitahu kenderaannya terkena banjir.

“Kereta kena banjir, walaupun baru guna 2 bulan/baru cecah 2500km.

“Secara automatik dah tak ada waranti dari PERODUA.Terimalah seadanya,” katanya dalam laman berkenaan.

Dalam satu komen, Hafiz memberitahu sudah mendapat maklum balas rasmi PERODUA, memaklumkan kereta banjir hilang waranti walaupun menjalani proses baiki di pusat servis.

“Cuma alat ganti yang kena tukar ganti sahaja diberi waranti selama enam bulan,” jelasnya.

Mungkin pihak PERODUA dapat membantu meringankan beban bro kita ni.

Selain itu, abam nak pesan sudah tiba masanya mencari Special Perils Coverage perlindungan insurans akibat bencana alam.

Mengapa? Sebabnya bencana alam ni kita tak boleh menduga bila berlaku lagi-lagi Malaysia kerap dilanda banjir. – FB ATIVA

Google ads
Back to top button