Buletin

PEMENANG BERTUAH BEETLE 2.0 DIUMUMKAN

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) edisi 2013 yang berlangsung dari 14 hingga 24 November tahun lalu menyaksikan Volkswagen Group Malaysia menawarkan para pelanggan Maybank yang melawat acara pameran pemotoran itu peluang untuk memandu pulang sebuah Volkswagen Beetle 2.0 baharu berwarna kuning.

SONY DSC

Pagi tadi, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Christoph Aringer dan Ketua Kewangan Pengguna Maybank, Abdul Razak Mohd Nordin dan menyerahkan replika kunci kepada pemenang bertuah itu, Syed Ahmad Mohamed Ghani sebuah varian Beetle paling berkuasa yang ditawarkan di Malaysia.

SONY DSC

Berjaya mengalahkan hampir 6,000 peserta lain, Syed Ahmad seakan-akan sukar menyembunyikan rasa terkejutnya kerana memenangi hadiah tersebut. “Apabila saya mendapat tahu bahawa saya ialah pemenang Volkswagen Beetle 2.0, saya benar-benar tidak percaya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada VGM, Maybank dan pastinya Malaysian Automotive Association (MAA) kerana memberi peluang untuk memenangi kereta idaman saya ini,” kata Syed Ahmad yang juga merupakan seorang pengusaha restoran.

SONY DSC

“Volkswagen Group Malaysia gembira kerana dapat melihat seorang peminat kereta seperti Syed Ahmad menyatakan sokongan dan penghargaan tidak berbelah bahagi kepada model dan jenama kami.”

SONY DSC

“Kami juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan Maybank dan MAA untuk menawarkan rakyat Malaysia pengalaman yang sukar dilupakan dengan kereta dan jenama kegemaran mereka. Jika berpeluang, kami ingin sekali lagi bekerjasama dengan mereka pada masa depan,” jelas Aringer.

SONY DSC

Dilancarkan ke pasaran tempatan sejak 7 November 2012, Beetle 2.0 kini ditawarkan pada harga RM222,888 seunit. Ia kini boleh dipandu uji di semua pengedar dan bilik pameran Volkswagen di seluruh negara. Varian lain termasuklah Beetle 1.2 dan Beetle 1.4. Maklumat lanjut, sila layari lamn web:

www.volkswagen.com.my

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button