
BEETLE, KOMBI DAN GOLF GTI DIPILIH SEBAGAI PENGHIAS KEMEJA-T UNIQLO
Tiga ikon Volkswagen dipilih menjadi penghias pada koleksi terkini kemeja-t Uniqlo (UT) untuk lelaki.
Dilancarkan di bawah rangkaian ‘The BRANDS’, lapan rekaan menarik yang menampilkan model klasik Beetle, Kombi dan GTI sedia untuk dimiliki.

Ketiga-tiga model itu memang lagenda. Bug klasik sememangnya diminati sehingga sekarang dan sangat berpengaruh ketika pergerakan hippie ‘flower power’ pada tahun 1960 dan 1970-an.
Kombi pula masih kekal menjadi pilihan buat para peluncur dan mereka yang berjiwa besar untuk meneroka cabaran seterusnya. Manakala Golf GTI ialah sebuah hot hatch yang sentiasa menjadi idaman ramai sehinggalah ke hari ini.

Bagi Uniqlo, kemeja-t merupakan ekspresi langsung tentang inividualiti. Syarikat dari Jepun itu cukup dikenali kerana memilih kandungan kebudayaan yang tidak lapuk dek zaman untuk menghasilkan Koleksi UT mereka.
Semua kemeja-t ini sudah boleh didapati di semua cawangan Uniqlo di seluruh negara pada harga RM39.90 sehelai.
- BACA: VOLKSWAGEN AKAN HASILKAN TRAK PIKAP AMAROK DENGAN FORD
- BACA: VOLKSWAGEN JETTA R – NEVER SAY NEVER, KATANYA…
- BACA: VOLKSWAGEN ARTEON 2.0 TSI, PESAING TERDEKAT IALAH GOLF R, BUKAN GOLF GTI
- BACA: TAHUKAH ANDA KOTAK GEAR DSG VOLKSWAGEN SUDAH BERUSIA 15 TAHUN?
GALERI