
PEMILIK SYARIKAT SUPERCAR, PANDU KERETA 3 SILINDER KE PEJABAT
Kereta dengan enjin 3 silinder biasanya sinonim dengan kereta jimat minyak yang dijual dengan murah seperti Perodua Axia ataupun Perodua Bezza. Namun ia tidak menghalang seorang pemilik syarikat dan CEO untuk memandu sebuah kereta 3 silinder ke pejabatnya
Paling ironi ialah Christian von Koenigsegg adalah CEO syarikat Koenigsegg yang terkemuka, bukannya dia tidak mampu atau tidak ada duit selepas membayar bonus kepada pekerja. Tapi Christian von Koenigsegg adalah peminat sejati kereta
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Christian von Koenigsegg menunjukkan yang dia memandu Toyota GR Yaris edisi terbaru dengan hantaran bertajuk “Three-cylinder madness in the morning”. Untuk edisi terbaru ini, Toyota GR Yaris ini menjana sehingga 280 kuasa kuda dan 390Nm tork daripada enjin 3 silinder 1.6 dengan menggunakan kod G16E-GTS
Unit yang dipandu oleh Christian von Koenigsegg adalah varian transmisi manual 6 kelajuan yang disambungkan dengan sistem pacuan 4 roda GR-Four. Untuk rekod, ini adalah kali pertama Christian von Koenigsegg dilihat memuat naik video dengan kereta Toyota
Ini kerana Christian von Koenigsegg pernah tular membeli semula Mazda Miata generasi pertama NA yang dipandunya semasa di kolej, dijual dan dibeli semula oleh beliau. Namun sebagai peminat automotif sejati, tindakan beliau ini adalah selari dengan beberapa CEO syarikat automotif terkemuka
Ivan Espinosa CEO Nissan yang baru, memandu Nissan 400Z setiap hari ke tempat kerja. CEO Bugatti Mate Rimac memandu BMW E39 ke pejabat, dan terbaru CEO Ford Jim Farley memandu Xiaomi SU7 iaitu supercar elektrik setiap hari untuk mengetahui kelebihan kereta elektrik China