Buletin

TIDAK UNTUNG, HONDA PERTIMBANG 3 PILIHAN. KELUAR DARI AUSTRALIA, KECILKAN RANGKAIAN ATAU LANTIK PENGEDAR BEBAS

Honda dilapor sedang menimbang keputusan mengenai masa depannya di Australia berikutan pasaran yang sengit dan dakwaan tidak dapat menjana keuntungan di sana. 

Pengedar diberitahu bahawa Honda kini sedang menimbangkan tiga pilihan iaitu keluar dari Australia, menutup rangkaian 106 pengedar, mengurangkan jumlah bilik pameran atau menjual kereta menerusi pengedar bebas. 

Keputusan itu akan dibuat menjelang hujung bulan ini. 

“Honda komited terhadap pasaran Australia. Sebagai sebuah perniagaan, ppenilaian terhadap operasi dan prestasi organsasi adalah perkara biasa. Kami akan memberitahu para pengedar tentang pelan jangka masa panjang pada suku pertama 2020 bulan depan,” kata Honda dalam satu kenyataan. 

Kebanyakan pengedar percaya Honda akan kekal berada di Australia tetapi jumlah bilik pameran akan dikurangkan sehingga satu pertiga. Mereka juga bimbang langkah membenarkan pihak ketiga mengedar kenderaan Honda membuatkan harganya naik. 

Ini kerana pembekal luar akan mengambil margin keuntungan lebih untuk menguruskan aspek pengimportan, alat ganti dan sokongan servis. 

Honda Australia menerima tekanan dari Jepun supaya meningkatkan keuntungan atau berdepan kesan yang serius. 

Jualan kenderaan Honda di Australia tahun lalu jatuh 15 peratus dalam pasaran yang menyaksikan penurunan sebanyak 7.8 peratus, 2019 menjadi prestasi terburuk Honda Australia dalam tempoh tiga tahun. 

Google ads
Back to top button