" "
Buletin

MASUK KUBUR SEKALI DENGAN MERCEDES-BENZ E-CLASS

Seorang ketua tradisional dikebumikan bersama sebuah Mercedes-Benz selepas ahli keluarganya bersetuju untuk memenuhi permintaan terakhir mendiang. 

Tshekede Pitso, 72, dipercayai rebah dan meninggal dunia akibat sakit tua. Dia dikebumikan bersama Mercedes-Benz E500 buatan tahun 1990-an ke dalam sebuah kubur besar sedalam lapan kaki di kampung Jozana, timur Cape, Afrika Selatan. 

Bekas ahli politik itu diletakkan di tempat duduk pemandu sambil memakai sut berwarna putih kegemarannya. Upacara pengebumian yang luar biasa itu menyebabkan orang kampung berpusu-pusu pergi ke tanah perkuburan, sekali gus melanggar perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. 

“Bapa saya merupakan seorang peniaga berjaya dan pernah memiliki beberapa buah kereta Mercedes-Benz. Tetapi perniagaan mengalami masalah dan jatuh miskin. Dua tahun lalu, bapa membeli sebuah Mercedes terpakai. Malangnya ia rosak tidak lama kemudian. 

“Walaupun tidak boleh dipandu, bapa tetap gembira apabila dapat duduk di dalamnya dan memberitahu dia mahu dikebumikan bersama. Jadi, kami menghormati permintaannya itu,” kata anak perempuan Pitso, Sefora Letswaka. 

Bekas pemilik rantaian supermarket itu merupakan pemimpin tempatan yang cukup dihormati. 

Pengarah syarikat pengebumian, Thabosi Mantutle mengakui pihaknya tidak pernah menerima permintaan seperti ini dan ia satu tugas yang sukar. 

“Kami perlu memastikan ukuran kubur adalah tepat, selain mendapatkan permohonan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya. 

Google ads
Back to top button