Motosikal

BENELLI DEDAH JENTERA NAKED BN600I 2020. LAMPU LED, METER TFT PENUH

Tahun lalu, Benelli ada memperkenalkan model TNT600i pada acara EICMA. Model naked saiz sederhana itu dikatakan mungkin bukan model rasmi bagi pasaran Eropah. 

Terkini, Benelli mendedahkan pula foto terbaharu motosikal tersebut. Sekali pandang, tiada banyak perbezaan ketara yang dapat dilihat di antara kedua-dua model berkenaan. Ia dikatakan perlu mematuhi piawaian emisi Euro5 sebelum boleh dipasarkan ke Eropah. 

Antara perubahan yang dibuat ialah penambahan lengan ayun pada bahagian tengah. Ini merupakan garis panduan spesifik jika ia mahu dijual di UK, tetapi tidak perlu untuk pasaran Asia.

Perubahan kedua ialah sistem ekzos. Sebelum ini, model untuk pasaran Asia menggunakan dua ekzos pada bahagian bawah tempat duduk. 

Sementara ekzos BN600i bagi pasaran Eropah pula lebih besar dan diposisikan sedikit ke bawah. Ini membolehkan sistem ekzos tersebut dipasang dengan kotak collector, pengubah pemangkin dan peredam dalam pakej yang lebih kemas. 

Selain dapat menyatukan berat jentera bagi menambah baik aspek pengendalian. 

Dari segi estetik, TNT600i didatangkan dengan bentuk tangki minyak, panel sisi, kotak udara dan pengambilan yang telah diubah suai. Ia juga dilengkapi sistem lampu utama LED dan panel TFT sepenuhnya. 

Google ads
Back to top button