
PERODUA SERAH 5 UNIT MYVI KEPADA PDRM. GUNA UNTUK TUGAS MERONDA DI HULU SELANGOR DAN ULU YAM!
Perodua hari ini menyerahkan lima unit Myvi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis rasmi di kilangnya di Rawang, Selangor.
Penyerahan rasmi tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin bersama Ketua Polis Selangor, Dato’ Arjunaidi Mohamed.
Myvi yang lengkap dengan liveri serta logo PDRM polis berwarna biru kuning dan hijau itu akan memulakan tugas rondaan di kawasan Hulu Selangor yang turut merangkumi Ulu Yam. Mungkin ia boleh jadi peringatan kepada mereka yang gemar merempit di sana.

Jentera itu dikatakan tidak akan digunakan untuk membuat rondaan di lebuh raya.
Harus tahu bahawa kesemua lima unit tersebut bukanlah model facelift terkini Myvi. Sebaliknya merupakan model pra-facelift yang masih menggunakan kotak gear automatik empat kelajuan dan bukannya CVT.
Enjin pula terdiri daripada unit 1.5 liter Dual VVT-i aspirasi biasa yang mampu menjana kuasa sehingga 102hp dan tork 137Nm.
Menurut PDRM, Myvi berkenaan akan digunakan sebagai kenderaan rondaan atau MPV. Ia dilihat sesuai berikutan Myvi memang terkenal kerana penggunaan minyak yang jimat dan mudah diselenggara. – Automachi
- BACA: BUAT MAKSIAT DALAM MYVI, PEMANDU TERKEJUT DAN LANGGAR MPV POLIS
- BACA: BENGANG DIHIMPIT, PENUNGGANG MOTOSIKAL LIBAS MYVI GUNA HELMET KINI DIBURU POLIS
- BACA: POLIS TAHAN PEMANDU HYUNDAI ELANTRA DAN MYVI PANDU SECARA BERBAHAYA DI JALAN KUCHING
- BACA: PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERSEPIT PADA TAYAR BELAKANG MYVI
GALERI










