Artikel Pilihan

MPV CROSSOVER KONSEP MITSUBISHI – DELICA BAHARU KE NI?

Makin banyak model konsep didedahkan kepada umum bersempena dengan Japan Mobility Show 2023 yang bakal berlansung dan satu daripadanya ialah dari Mitsubishi. Ia merupakan sebuah MPV crossover berkuasa elektrik dan mungkin bakal diproduksikan sebagai Delica bagi menggantikan Delica D:5 yang sudah berusia.

Konsep yang bertemakan “Borderless Adventure” dengan rekaan lampu hadapan trademark baharu Mitsubishi. Hanya gambar belakang didedahkan dan ia jelas menunjukkan rekaan singlebox seperti mana sebuah MPV.

Lampu berbentuk huruf T diintegrasikan sekali dengan cermin belakang lengkap dengan logo Mitsubishi yang bercahaya. Bahagian bawah sayangnya tidak dapat dilihat tapi ia mempunyai roofbox yang besar dan mungkin berfungsi memuatkan khemah dan kargo untuk kegiatan rekreasi.

Satu lagi ciri menarik ialah braket yang menempatkan kamera bagi menggantikan cermin pandang belakang pada bahagian sisi kiri dan kanan.

Siaran berita Mitsubishi menyatakan yang model konsep ini akan menggabungkan pengendalian sebuah SUV dengan keselesaan sebuah MPV. Bagi merealisasikan matlamat neutral karbon, ia akan dilengkapi dengan trenkuasa elektrik.

Jangkaan kami bagaimanapun kemunkinan ia adalah trenkuasa hibrid plug-in dan bukannya EV seratus peratus. Masuk hutan nak cask at mana wei? Rumah Tarzan? Mitsubishi turut menyatakan yang model konsep ini turut dilengkapi dengan sistem pacuan 4-roda elektrik dan mempunyai kemampuan off-road dengan kelegaan bumi yang tinggi dan menggunakan tayar-tayar berdiameter besar.

Nama sebenarnya belum didedahkan tapi segelintir pengamal media menjangkakan ia bakal menjadi pengganti kepada Delica D:5 yang sudah agak berusia kerana mula dilancarkan sekitar tahun 2007 dahulu.

Google ads
Back to top button