Buletin

PENUNGGANG MOTOSIKAL JADI HERO SELAMATKAN BUDAK SAWAN DI THAILAND

Seorang budak perempuan terhutang nyawa dengan selepas penunggang motosikal sempat membawanya ke hospital kerana diserang sawan yang serius. 

Insiden itu dilapor berlaku di tengah bandar Thailand yang sibuk apabila seorang bapa sedang membawa dua orang anak perempuannya balik ke rumah selepas sekolah. Dalam perjalanan, anak bongsunya memberitahu bahawa dia rasa kurang sihat. 

Malangnya, kesesakan jalan menjadi semakin teruk dan budak perempuan itu, Kaimook yang berusia lapan tahun mula diserang sawan. Situasi cemas itu disedari oleh seorang penunggang motosikal,  Itthiphon Petchphibunpong, 28. 

Melihat mulut anaknya berbuih dan menggeletar, bapa itu bertambah panik. Petchphibunpong berhenti dan bertanya kepada lelaki tersebut apa yang sedang berlaku pada anaknya. Selepas cubaan untuk mengalihkan trafik gagal, dia kemudian mengambil keputusan untuk memboncengkan dua beranak itu ke hospital terdekat. 

Menggunakan motosikal, mereka hanya memerlukan masa selama 4 minit untuk sampai ke hospital. 

“Pada masa itu, anak saya berada dalam keadaan yang cukup serius. Tangannya mula kejang, mulut berubah menjadi hijau, manakala badannya pucat dan panas. Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk menyatakan ucapan terima kasih saya. 

“Dia telah menyelamatkan nyawa anak saya. Sebaik sahaja dia sembuh, saya akan bawa anak bertemu dengannya untuk mengucapkan terima kasih,” kata bapa budak perempuan itu. 

Google ads
Back to top button