Motosikal

TERKINI: SUPERMOPED MODENAS BAKAL LANCAR OKTOBER INI, NAMA GT150 KEMBALI

Selepas beberapa tahun laporan mengenai supermoped MODENAS diterbitkan akhirnya bakal ada sinar bagi mereka yang mengharapkan ketibaan motosikal itu. 

Kami difahamkan MODENAS akan melancarkan supermoped yang ditunggu-tunggu itu sekitar Suku Keempat (Q4) tahun ini anggaran bulan Oktober. Menurut info yang kami perolehi, supermoped itu diberi nama Modenas GT150. 

Ini bukan kali pertama nama GT150 diterbitkan kerana prototaip dengan nama sama pernah berlegar sekitar tahun 2017 sebelum projek supermoped pada waktu itu dimansuhkan sepenuhnya.

Buat masa ini tiada info lebih terperinci didedahkan namun perkembangan terbaru ini pastinya mengujakan mereka yang sudah sekian lama menantikan kemunculan supermoped dari MODENAS. 

Sekitar Dua tahun lalu, terdapat laporan yang mendakwa prototaip supermoped berkenaan sedang menjalani ujian di Eropah. Rakan media PanduLaju turut melaporkan bahawa beberapa jurutera MODENAS telah berkampung disana bagi membantu persiapan motosikal tersebut. 

Meskipun ketika itu terdapat dakwaan MODENAS sedang pertimbang beberapa kapasiti enjin namun memandangkan nama GT150 diguna pakai bermakna enjin bersesaran 150cc menjadi pilihan. 

Apa pun segalanya akan terjawab pada Oktober ini. 

Google ads
Back to top button