Buletin

PERLUMBAAN SUV ELEKTRIK CHINA? SERES. SUV DENGAN SKRIN TERBESAR DI DUNIA!

Hampir setiap hari ada sahaja kenderaan baru yang dilancarkan di China. Kalau jadi media permotoran agaknya memang tak akan duduk pejabat lah. hari-hari ada launch, media drive, persidangan, makan free, jalan-jalan, baju free hari-hari dan juga boleh menang hadiah lucky draw.

Itulah dunia media permotoran dan semalam, sebuah lagi SUV dari China diperkenalkan ke pasaran sana. Enjin berapa cc?

Aduh. ni dah 2019. klasik sanat cerita pasal enjin ni. Di China, kereta dan SUV baru kebanyakannya fokus pada elektrik sahaja. Yang ini pula ialah jenama baru SERES.

Seres merupakan jenama yang dimiliki oleh SF Motors, sebuah anak syarikat dari konglomerat Chongqing Sokon Industrial Group.

Model yang dikenali sebagai SF5 ini nampak rekaannya sporty. Ia bersaiz sederhana dan apa yang lebih menarik ialah skrin utamanya yang cukup besar.

Pada pendapat kami, inilah skrin terbesar yang pernah kami lihat dipasangkan pada sebuah kenderaan. Tidak diberitahu berapa saiznya tetapi secara fizikal, kelihatan tidak kurang dari 15 inci.

Sepertimana kenderaan China yang sangat mementingkan pautan dengan aplikasi, Seres SF5 ini dikawal oleh aplikasi yang dibangunkan oleh kumpulan Alibaba iaitu ALiOS.

Tiada pendedahan mengenai kuasa atau motor elektrik yang digunakan. Ia akan diumumkan secara rasmi pada penghujung bulan ini semasa Shanghai Autoshow nanti.

GALERI

Google ads
Back to top button