Buletin

PERODUA ANJUR PROGRAM CSR DI KK

Bagi menghargai jasa dan sokongan yang diberikan oleh pihak media di Malaysia Timur, Perodua menganjurkan program Media Fun Race 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.

perodua-media-fun-race-2015-mekanika (2)

Program berkenaan melibatkan 30 peserta daripada pelbagai organisasi media di Sabah. Aktiviti perlumbaan tersebut melibatkan cabaran dan permainan yang mengujakan.

Pemenang program berkenaan ialah Team UB daripada Utusan Borneo, The Three Stooges UB2 (Utusan Borneo) dan The Crooners dari akhbar New Sabah.

Sementara itu, Perodua turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000 dan 40 buah beg sekolah kepada dua pertubuhan kebajikan terpilih.

Pertubuhan Kebajikan tersebut ialah Rumah Anak Yatim, Papar (Yayasan As-Sakinah) dan Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu (RKK). Acara tahunan berkenaan adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat (CSR) syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, sumbangan tersebut adalah salah satu cara Perodua berkongsi kejayaan yang dinikmatinya dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mengiktiraf produk keluaran Perodua.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button