BuletinSpyshot

SPYSHOT: SUBARU XV CKD

Tahun lalu, Motor Image memperkenalkan Subaru XV STI Edisi Prestasi ke pasaran tempatan. Sebagaimana sedia maklum, setiap model perlu melalui kitaran produk agar kekal kompetitif.

SPYSHOT-subaru-xv-facelift-mekanika (3)

Setahun lebih tanpa sebarang pembaharuan, Malaysia bakal menerima Subaru XV versi facelift. Model berkenaan sudah pun dilancarkan pada Thailand International Motor Expo baru-baru ini.

Spyshot yang diterima oleh Mekanika menunjukkan Subaru XV menerima beberapa penambahbaikan.

SPYSHOT-subaru-xv-facelift-mekanika (1)

Melihat penampilan luarannya, XV Facelift kini dipasang dengan gril heksagon yang diperbaharui. Lampu hadapan halogen baharu berbentuk C juga didatangkan bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Pada bahagian bampar kelihatan lampu berbentuk ‘L’ yang diletakkan berhampiran lampu kabus. Manakala rim aloi 17 inci menerima kemas kini agar lebih sporty. Rel bumbung XV pula dilengkapi kemasan aluminium.

SPYSHOT-subaru-xv-facelift-mekanika (2)

Untuk ruang kabin, pihak Subaru masih mengekalkan rekaan yang sama. Difahamkan model berkenaan dilengkapi keyless entry dan butang start\stop. Sebagai tambahan, monitor 4WD diletakkan pada bahagian atas corong  pendingin hawa untuk rujukan pemandu.

Aspek mekanikalnya masih kekal sama. Subaru XV masih menggunakan khidmat enjin Boxer 2.0-liter DOHC.  Subaru Boxer. Enjin itu dikatakan mampu menghasilkan kuasa 150 PS @ 6,200rpm dan tork setinggi 196 Nm @ 4,200rpm. Penghantaran kuasa ke semua roda dibantu oleh sistem AWD Active Torque Split dan transmisi CVT Lineartronic.

SPYSHOT-subaru-xv-facelift-mekanika (4)

Model pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan di kilang Segambut itu dikhabarkan bakal dilancarkan pada awal tahun 2016.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button