
HARGA MODEL PROTON NAIK!
Susulan nilai Ringgit masih lemah di pasaran, Proton Holdings Berhad (Proton) akan menaikkan harga jualan keretanya bermula Januari 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata syarikat berkenaan turut menerima kesan daripada kejatuhan nilai ringgit.
“Ini kerana urusan pembelian barang mentah menggunakan mata wang asing.
“Ringgit yang semakin lemah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem vendor,” katanya.
Justeru, Proton akan menilai semula struktur harga jualan kenderaannya. Peratusan peningkatan harga bagaimanapun bergantung kepada model.
Bagi mengimbangi keadaan tersebut yang memberi kesan kepada syarikat sejak Ogos lalu, Proton telah berusaha mengurangkan kos operasi dan melakukan rasionalisasi yang diperlukan pada bahagian operasi.
Namun, nilai Ringgit yang semakin lemah terus memberi tekanan kepada Proton dan impak kepada industri secara keseluruhannya.










