Buletin

PERODUA CATAT PENGUASAAN PASARAN 40.6% PADA OGOS, TERIMA KASIH KEPADA BEZZA

Sedan kompak pertama Perodua, Bezza yang dilancarkan pada 21 Julai lalu dilihat terus menjadi penyumbang utama dalam meneruskan momentum jualan pengeluar kenderaan tempatan tersebut.  

Berdasarkan kepada laporan terkini yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Bezza mencatat jualan sebanyak 2,606 unit pada Julai, sebelum melonjak kepada 8,719 unit pada Ogos.

Perodua-Bezza-August-2016-sales-performance-mekanika (3)

Ini bermakna dalam tempoh hanya dua bulan, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 11,325 unit Bezza! Satu angka yang sangat positif sebelum ia memasuki suku keempat tahun 2016.

Jualan yang memberangsangkan itu banyak didorong oleh versatiliti, ruang luas dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Bezza. Dipacu oleh pilihan enjin cekap tenaga bersesaran  1.3 dan 1.0 liter dengan lima varian, memang ada Bezza untuk semua orang.

Perodua-Bezza-August-2016-sales-performance-mekanika (2)

Jualan Perodua bermula Januari hingga Ogos 2016 bagaimanapun dilihat sedikit menurun kepada 133,71 unit berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 143,048 unit.  Biarpun begitu, Perodua tetap mendahului carta dengan diikuti oleh Honda, Toyota, Proton dan Nissan.

JENAMA Julai 2016 Ogos  2016 YTD Ogos 2016 YTD Ogos 2016
Perodua 15,121 (35.6%) 21,251 (40.6%) 133,742 (36.1) 143,048 (32.9%)
Honda 7,827 (18.4%) 8,283 (15.8%) 55,762 (15.1%) 58,892 (13.6%)
Toyota 5,028 (11.8%) 6,563 (12.5%) 38,840 (10.5%) 54,205 (12.5%)
Proton 3,866 (9.1%) 4,436 (8.5%) 44,029 (11.9%) 70.112 (16.1%)
Nissan 3,68 (7.2%) 3,133 (6.0%) 27,349 (7.4%) 31,164 (7.2%)

Proton-Saga-launch-2016-mekanika

Dalam tempoh lapan bulan tahun ini, Honda berjaya mencatat jualan sebanyak 55,762 unit. Sementara Proton menduduki tempat ketiga dengan 44,029 unit. Kenaikan ini sudah dijangka berikutan pelancaran rasmi model Persona pada 23 Ogos lalu. Angka jualan Proton dijangka terus positif kerana Proton baru sahaja melancarkan model pentingnya, Saga dua hari lalu.  Toyota pula telah menjual sebanyak 38,840 unit kenderaan dan Nissan (44,029 unit) dalam tempoh yang sama.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak pengurusan Perodua, jualan Myvi dan Axia tidak banyak terjejas dengan kehadiran Bezza. Buktinya, Myvi masih mampu mencatat jualan 3,283 unit pada Ogos dan Axia sebanyak 6,243 unit.

Dengan perkembangan jualan yang positif ini, Perodua dilihat optimis untuk terus menerajui pasaran tempatan.

Perodua-Bezza-August-2016-sales-performance-mekanika (5)

Bagi pembeli Bezza yang ke 10,000 Zetty Aswani Fazwin Mahrol Puthil, 28, sedan kompak itu dipilih kerana rekaannya yang menarik perhatian.

“Saya memang peminat jenama Perodua. Sebelum ini saya telah pun memiliki sebuah Myvi. Pengalaman membeli Bezza juga sangat memuaskan. Hanya seminggu diperlukan untuk proses tempahan dan menerima kereta saya,” kata Zetty yang membeli Bezza varian 1.3 Advance dan cukup gembira dengan kereta baharunya itu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button